Di dalam mana-mana mahkamahpun jika membabitkan dua pihak, akan ada hujjah-hujjah yang dibentangkan untuk hakim membuat kesimpulan dan seterusnya menghakimi kes dihadapannya itu. Penghujjahan bagi kes DUN Kota Siputeh Kedah oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menarik perhatian banyak pihak. Keputusan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan ..
Masih adakah 'jantan' Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri ? Peguam Karpal Singh sudah bersuara minta izin Pegu am Negara untuk mendakwa Lingam. Apa lagi ? Beri sahaja izin jika Nazri dan Gani Patail hilang jantan. (Foto: Harakahdaily)
Jika tiada halangan atau campur tangan pihak tertentu dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap permohonan Speaker DUN Kedah, dikira pilihanraya Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh akan diadakan dalam waktu terdekat ini. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba datang khabar bahawa Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu tidak mahu Johari Baharom dikekalkan di Parlimen Kubang Pasu. Sumber dalaman pemudanya berbisik, "kita mahu Mukhriz Mahathir mewakili bapanya di parlimen berkenaan ..
Mana nak letak muka Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Diantara tidak boleh dan tidak tahu, jauh bezanya. Seperti langit dan bumi. Jikapun ADUN Kota Siputeh memenangi rayuannya, perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah pasti akan dan boleh memagar kemaraan Abu Hassan Sarif. Apapun, badut Muhyiddin Yassin tidak perlu menarik balik arahannya kepada Abu Hassan kerana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah cukup untuk menahan Abu dari menghadiri persidangan DUN Kedah untuk esok.
Hartal bermaksud mengadakan mogok umum sebagai membantah sesuatu perkara. CUEPACS nampaknya tidak menggunakan saluran itu. Mereka terima pandangan Najib Tun Razak. KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis. Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi ..
Dewan Undangan Negeri Kedah pula mahu dibikin sarkas .Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengarahkkan ADUN Kota Siputeh Abu Hasan Sarif untuk menghadiri persidangan DUN Kedah pada hari Selasa depan walaupun jemputan telah dibatalkan oleh Speaker Dato' Dr Abdul Isa Ismail. Suruhanjaya Pilihanraya ada kuasakah untuk mengistiharkan seseorang ADUN itu hilang kelayakan atau disebaliknya ? Tunggu peranan Muhyiddin sebagai badut di DUN Kedah.
Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, VK Lingam salah dari segi moral tetapi betul dari segi undang-undang ? Najib Razak pula tidak pernah mengulas isu Lingam ini. Mungkin kerana Lingam adalah sahabat Tun Mahathir. Tetapi Najib Tun Razak mengulas isu tuntutan bonus dari CUEPACS. Katanya tindakan Omar Osman, Presiden kesatuan penjawat awam seluruh Malaysia itu adalah tidak bermoral. Seolah-olah Najib menempelak seluruh kakitangan yang CUEPACS mewakili. Apabila berdepan dengan ..
Kelmarin ada seorang Ustaz secara kebetulan terjumpa saya di Alor Setar. Katanya dia seorang kakitangan kerajaan. Saya jangka dia berkelulusan universiti dalam negeri. "Penduduk kampung dok tanya di mana Ustaz Azizan wakil rakyat mereka. Dah lama tak menjengok kawasan dan jika datang pun sukar nak jumpa" kata Ustaz tadi. "Saya pula jadi jurucakap PAS. Saya maklumkan kepada pak cik tersebut Ustaz Azizan bukan sahaja wakil rakyat tetapi juga seorang Menteri Besar sekarang ini. Sudah tentulah ..
Depa kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan melancarkan slogan BN Menang Kedah Senang dalam majlis Gerak Mesra 1Malaysia di Yan pada 12 November ini. Tujuannya ialah untuk menaikkan semangat ahli untuk merebut kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Orang Bukit Besar Yan pula mencipta slogan baru iaitu, BN Menang Kedah Kontang .Pulak ! Adakah macam tu...
Jabatan Agama Islam Selangor dikatakan bertindak bijak menahan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bukan saya yang kata. Beberapa orang penduduk Klian Intan Keroh Perak memberitahu saya bahawa takkanlah Jabatan Agama sangat bodoh bertindak seperti orang yang lebih gila menahan bekas mufti tersebut. Tentu ada sebabnya, tegas mereka. Ada yang mencadangkan bonus dua belas bulan gaji kepada pegawai yang terlibat. Betoi ka depa ni - penduduk Klian Intan - atau saja dok perli sapa-sapa. ..
A da beberapa perkara yang dibincangkan di dalam persidangan ke 38 parti Gerakan yang sedang berlangsung itu boleh dibanggakan. Pertamanya, mereka melalui presidennya Koh Tsu Koon meminta kerajaan menilai dan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap institusi seperti kehakiman, SPRM dan Polis. Bagi Gerakan, untuk memerangi jenayah dan rasuah ianya memerlukan 'political will'. Pada hemat saya, Gerakan sudah bosan dengan ucapan, slogan dan acara memukul gendang dari UMNO. Saya kira Gerakan ..
Dihebohkan bahawa orang lain yang dituduh namun orang lain pula yang dibicarakan di Selangor. Betulkah ? Kita tunggu perkembangan selanjutnya. (Foto:Taman Tamadun Islam, Terengganu)
Apabila MARA atau Majlis Amanah Rakyat membeli komputer riba berharga RM84,000.00 bagi dua unit, maka ini merupakan satu tanggapan pertama dan senyum sinis masyarakat terhadap ketelusan kakitangan agensi ini dan ianya juga merupakan tamparan kepada kepimpinan di organisasi MARA sendiri. Sebelum ini ramai kawan-kawan pernah membangkitkan tentang kelemahan dan masa hadapan MARA. Terutama sekali baru-baru ini apabila agensi ini dikatakan tidak cukup wang untuk disalurkan sebagai pinjaman atau ..
Tidak ada yang mengaku. Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu. Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat. Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran ..
KENYATAAN AKHBAR AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA – 28 OKTOBER 2009 HENTIKAN PENGGUNAAN INJUNKSI UMUM BAGI MENEKAN HAK RAKYAT [Peliknya, mahkamah membenarkan berulangkali perintah seperti ini di atas andaian atau imaginasi polis. Perak merupakan negeri/ tempat terbaru perintah seperti itu diperolehi dari mahkamah - alkerohi] Amnesty International Malaysia amat prihatin dengan penggunaan injuksi umum yang diperolehi oleh pihak polis untuk persidangan 28 Oktober Dewan Undangan Negeri Perak. ..
Anak Raja Petra dipukul di dalam penjara ? RPK’s son beaten in prison? The crisis of confidence in the key institutions in the country is also highlighted by Raja Petra Kamaruddin’s two days ago, viz: “To those who walk in the corridors of power, I wish to inform you that I know you are beating up my son in the Sungai Buloh Prison. Every day he is being subjected to beatings to force him to withdraw his not guilty plea and to plead guilty to the various charges he is facing. “I also ..
Kalut punya kalut, tunggu nak adakan seminar pula. Jika Samy Vellu mengikuti perkembangan politik parti PAS, tentu dia seronok dan akan berkata, "kita surpa (serupa) la..."
Muzakarah atau mesyuarat PAS malam ini, gigit dan musnahkan sahaja. Setakat gigit dan melepaskan, dia akan berulang lagi. Setakat gigit seperti yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara tetapi tidak ada kuasa untuk memusnahkan, ia berulang setiap hari di jabatan kerajaan. JKKKK pun boleh melakukan gigitan. Namun, moral, maruah dan kedaulatan boleh hilang kerana gigitan seperti itu.
"Dr M tidak mempunyai hak mencampuri urusan kepimpinan PAS" kata Ustaz Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Jagalah parti sendiri. Itu masej yang cuba disampaikan. "Dr M, mind your own party please". Lebihkurang dalam bahasa Inggeris begitulah. Baca di sini .
Children's Rights Still Violated 20 Years After .. Nations are staging special events to mark the 20th anniversary of the Convention on the Rights of the Child, which came into force on November 20, 1989.