PEKAN: Datuk Seri Najib Razak semalam mencadangkan formula kepada kepemimpinan MCA yang bertelagah bagi menyelesaikan kemelut politik parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) itu dalam tempoh terdekat.
KANGAR: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Baharudin Ahmad didenda hampir RM2 juta, antara tertinggi dalam sejarah kes rasuah negara, selepas disabitkan empat tuduhan rasuah bernilai RM387,500, 10 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga bulan MCA menghadapi kemelut politik dan masih belum berupaya menyelesaikan masalahnya, Datuk Seri Najib Razak akhirnya memutuskan untuk bertemu kumpulan yang bertelagah bagi mencari jalan penyelesaian.
KUALA LUMPUR: Kemelut MCA semakin panas apabila sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai termasuk Ketua Pemuda dan Wanita digugurkan daripada menganggotai Majlis Presiden, berkuat kuasa serta-merta.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam menolak permohonan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memindahkan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menghadapi tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah, ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden amuk di Guar Sanji di sini, Sabtu lalu, yang berakhir dengan seorang pemuda, Mohamad Taufik Noorzan, 21, ditembak mati oleh anggota pasukan itu.
PUTRAJAYA: "Jangan cakap soal mati selagi kita masih bernafas". Itulah pengajaran diperoleh warga Uruguay, Fernando Parrado, 55, yang terselamat apabila pesawat dinaikinya terhempas di Pergunungan Andes pada 13 Oktober 1972 dan terus hidup 72 hari dengan hanya memakan daging manusia.
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah selepas kerusi berkenaan diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
JOHOR BAHRU: Seorang pemuda yang dituduh membunuh ibunya sebelum menyorok mayat wanita itu dalam beg pakaian di bawah sinki rumah mereka di Kampung MIC, Ulu Tiram dekat sini, awal bulan lalu, ditemui mati tergantung di Penjara Reman Air Molek, malam kelmarin.
SINGAPURA: Sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang berakhir di sini, semalam, sepakat untuk mewujudkan struktur pertumbuhan dan model integrasi ekonomi baru bagi membolehkan rantau ini berdepan dengan cabaran ekonomi global abad ke-21.
KUALA LUMPUR: Seorang jemaah Malaysia, Mohamad Nordin Mohamad Ali, 54, meninggal dunia kira-kira dua jam selepas tersungkur dalam tandas pesawat Saudi Air yang dalam penerbangan ke Makkah, semalam.
SINGAPURA: Malaysia semalam mahu Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Asean sebagai wilayah penting dalam usaha untuk meningkatkan integrasi serantau, kata Datuk Seri Najib Razak.
MOGADISHU: Lanun Somalia semalam merampas sebuah kapal kargo yang sarat peluru berpandu bersama 18 anak kapal dan menuntut wang tebusan £2 juta (RM11.2 juta) untuk pembebasan mereka. Dalam kejadian itu, kumpulan lanun terbabit melepaskan tembakan ke kapal Al-Mizan ketika ia belayar di perairan Afrika Timur bersama muatannya.
AMPANG: Seorang pengusaha salun kecantikan melalui detik mendebarkan apabila dijadikan tebusan oleh teman lelakinya sebelum berjaya diselamatkan polis di Ampang Waterfront 3, di sini tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR: Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang mereka berikutan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan penipuan yang membabitkan RM31 juta itu.
KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga sahabat yang didakwa membunuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang mayatnya dibakar, tujuh tahun lalu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini semalam.
PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak menggugat hubungan di antara kedua-dua negara, sebaliknya terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin, kata Datuk Seri Najib Razak.
KUANTAN: Empat, termasuk seorang bakal pengantin perempuan terbunuh selepas kereta dengan tujuh penumpang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di sebuah kuil, merempuh belakang treler di Kilometer 17, Jalan Kuantan-Gambang, di sini pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
SHAH ALAM: Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md Noor, lima tahun lalu.
Gordon Brown visits flood-stricken Cumbria - Timesonline Gordon Brown today visited flood-stricken communities in Cumbria hit by the heaviest rainfall since records began. The torrential downpour has destroyed homes, businesses and claimed the life of a policeman, swept away as he helped motorists off a ...