K elancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat. Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis, Bercakap pada sidang ..
W alaupun dilanda dilema, bekas pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus bersedia tampil membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat 'konspirasi' untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. "Jika terdapat arahan daripada parti (PKR) dan Pakatan Rakyat, saya akan tampil dan berkongsi maklumat yang ada. "Buat masa ini saya serahkan kepada pimpinan Pakatan untuk selesaikannnya. Saya yakin (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga maklum berhubung ..
M ahkamah Tinggi hari ini mengenepikan rayuan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff terhadap dakwaan menggunakan pesawat polis untuk tujuan peribadi hampir tiga tahun lalu. "Selepas menyemak bukti yang berkaitan dan asas penghakiman oleh hakim mahkamah sesyen, saya mendapati hakim (mahkamah sesyen) itu tidak silap. Oleh itu kami mengenepikan rayuan ini," katan Hakim Datuk ..
P akatan Rakyat bertegas tentang kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh Zahrain semalam. Demikian kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan media di parlimen tengahari tadi. Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan akan membuat serangan balas terhadap kenyataan tersebut dan menggangap isu itu cuba mengelirukan rakyat. "Kita ada tiga saluran untuk memberi maklum balas terhadap ucapan tersebut sama ada melalui minta laluan, tunggu giliran kita pada minggu ..
S ultan Sharafuddin Idris Shah telah memutuskan untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang. Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan Perkasa yang ..
K ementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan China Press mengenai laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara. Akhbar itu juga bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz hari ini. "Ketua Editor mengaku silap kerana memuatkan berita tersebut tanpa disahkan kebenarannya. "China Press dan Ketua Editornya bersedia memohon maaf kepada ..
A hli Parlimen Bebas “paling awal” sejak pilihan raya umum 2008, Datuk Ibrahim Ali berkata tidak perlu diadakan kokus Ahli Parlimen Bebas bagi mewakili tujuh wakil rakyat di Parlimen sekarang. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Ibrahim (kanan) dari Pasir Mas menjelaskan bukan semua ahli Parlimen bersetuju dalam setiap isu. Oleh itu katanya, kokus wakil rakyat Bebas hanya akan menjejaskan tujuan kewujudan anggota Dewan Rakyat Bebas. “Ada masanya anda mungkin mempunyai ..
D ialog royalti minyak anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Kuala Terengganu malam ini diteruskan sebagaimana telah dirancang dengan komitmen akan disertai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. “Setakat ini, dialog ini diteruskan dan Tengku Razaleigh juga sudah menyatakan komitmen untuk menyertai dialog,” kata Setiausaha Bersama Gegar Zaidan Abdullah ketika dihubungi The Malaysian Insider. Ketika ditanya mengenai laporan ..
B ekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dianggap telah melanggar janji untuk tidak terlibat dalam politik dan mencampuri hal ehwal dalaman parti apabila mengumumkan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu 28 Mac ini. Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Yap Pian Hon berkata, Ka Ting tidak mempunyai alasan munasabah untuk bertanding kerana telah berjanji untuk tidak lagi terlibat dengan parti sebelum ini. “Tindakan ini menyebabkan implikasi dan contoh kepada veteran pemimpin parti ..
P enerangan dari pihak kerajaan berkaitan pindaan ke atas Akta Orang Asli setakat ini masih belum memadai, malah tidak menjelaskan isu sebenar, kata seorang pembentang kertas kerja dalam satu konvensyen semalam. Wakil masyarakat ini juga melihat penerangan dari pihak kerajaan dalam cadangan pindaan akta berkenaan tidak lebih daripada cubaan untuk membendung sentimen di kalangan Orang Asli yang nampaknya tidak sabar lagi untuk menduduki tanah milik mereka sendiri. Aturcara program sehari itu ..
K etua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International. Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi ..
A hli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina. Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak. "Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini. Ngeh mengulas ..
T engahhari tadi, beberapa ahli parlimen PAS terdiri daripada Dr Mujahid (gambar), Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, Dato’ Wan Abd Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, Ust Mohd Nasir, Khairil Faizi, LPN DPP Pusat bersama beberapa Pemimpin PAS Perak dan ahli Kelab Penyokong PAS Perak telah datang berkumpul di rumah mendiang Siva (34 tahun), yang mati ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali petang kelmarin. Para pengunjung berkumpul di pejabat Kelab Penyokong PAS ..
N ama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dikaitkan dengan pertandingan jawatan presiden MCA pada 28 Mac ini. Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) pada satu majlis di Alor Star. Laporan Bernama memetik beliau sebagai berkata khidmat pesanan ringkas (SMS) kini tersebar luas di seluruh negara yang mengaitkan keputusan Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding jawatan presiden MCA mendapat restu perdana menteri dan timbalannya. Sambil ..
D atuk Seri Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008. Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononnya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional. Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar ..
L ebih 200 orang sedang berhimpun di jalan masuk menuju Kampung Sg Terentang, Rawang dalam usaha terakhir mereka menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kampung mereka. Penduduk dilapor mengepung semua tiga jalan utama ke kampung itu sejak jam 7.30 pagi sambil menyanyikan lagu-lagu untuk menaikkan semangat mereka. Mereka juga membawa sepanduk yang tertera tulisan “TNB zalim” dan TNB keluar ..
P erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal melaksanakan retorik 1Malaysia, 'Pencapaian Diutamakan' kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap 'jerung-jerung' yang terlibat dengan skandal PKFZ. Menurut Ahli Parlimen Tony Pua sudah hampir 5 bulan sejak Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) membentangkan laporan mengenai skandal RM12.5 bilion itu di Parlimen pada 4 November tahun lalu yang melibatkan salahguna kuasa, pecah amanah dan salahlaku melibatkan tokoh politik berprofil tinggi termasuk ..
Z ul Noordin, kita ikut konvensyen mana? Oleh Zukri Aksah Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti ..
K etua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar tindakan kerajaan yang enggan membentangkan kertas putih berhubung skandal kapal selam negara KD Tuanku Abd. Rahman. Beliau berkata kerajaan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kononnya tiada keperluan untuk mengeluarkan kertas putih mengenai isu berkenaan. Shamsul kesal kerana kerajaan Umno-BN yang tidak memberi penjelasan penuh kepada rakyat sebaliknya cuma mendakwa kapal selam itu hanya mengalami masalah ..
L ebih 200 penduduk Kampung Sungai Terentak, Rawang hari ini berhimpun di jalan masuk menuju kampung itu bagi menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada meneruskan kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR). Penduduk dikatakan mengepung semua dua jalan utama ke kampung itu seawal jam 7.30 pagi sambil bernyanyi dan membawa pelbagai sepanduk membantah projek TNB. Kekecohan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila dua kakitangan TNB berpakaian biasa memasuki kampung ..
AFP British boy leaves Pakistan with dad after kidnap - Google ISLAMABAD - Smiling and in high spirits, a five-year-old British boy boarded a flight home from Pakistan on Thursday after being reunited with his overjoyed father following a 12-day kidnapping ordeal.