KUANTAN: Seorang maut manakala tiga cedera termasuk dua parah selepas dua buah motosikal yang ditunggang mereka bergesel dengan kereta pengiring Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah di Km 12 Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat sini, semalam.
KUANTAN: Seorang warga emas berusia 56 tahun maut manakala tiga ahli keluarganya cedera selepas van dinaiki mereka bergesel dengan besi pembahagi lebuh raya sebelum terbabas di Kilometer 90.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, pagi semalam.
ALOR SETAR: Seorang pengasuh yang membonceng sebuah motosikal cedera selepas dipercayai ditolak peragut, di Taman Hidayah, jalan Hutan Kampung, di sini petang semalam.
LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi, berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok ke tanah besar dan merampas 196 kartun rokok pelbagai jenis, di Jeti Marble berhampiran Jeti Kuah, di sini pagi ini.
KOTA BAHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra hari ini melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di Mahkamah Tinggi Syariah bagi membolehkan isterinya Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250.
AMPANG: Polis Selangor menahan seorang pembantu rumah warga Filipina yang dipercayai mendera bayi majikannya berusia 11 bulan di Bandar Seri Damansara.
JOHOR BAHRU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor berjaya merampas mercun dan minuman keras bernilai kira-kira RM340,000 membabitkan cukai yang tidak dibayar berjumlah RM578,000 dalam tiga serbuan berasingan pada hari pertama tahun baru 2010, kelmarin.
AMPANG: Selepas mengalami kesukaran memujuk suami seorang wanita yang ditemui mati berbungkus selimut dalam almari di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay di sini, Rabu lalu, supaya menyerah diri, polis mengedar gambar lelaki terbabit kepada umum, semalam.
KUALA LUMPUR: "Saya dan ustaz (Akhil Hayy) tidak pernah berhubung sejak berpisah 15 Julai 2008. Mungkin saya akan menghubunginya bagi memaklumkan niat saya untuk melangsungkan perkahwinan.
KUALA LUMPUR: Tanpa diketahui sebabnya, seorang lelaki yang menggunakan nama samaran 'Meor' dan 'Alfa' dipercayai menjadi dalang kepada cubaan memfitnah dan mengeruhkan hubungan cinta pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dengan pelakon jelita, Ayu Raudhah, 25.
ALOR STAR: "Saya sangkakan yang terapung itu patung, tetapi rupa-rupanya mayat. Ia sungguh menakutkan kerana ada kesan darah pada muka, tengkuk dan tangannya," kata remaja, Mohd Izzul Asyraff Jamuder, 15, yang menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Kedah, berhampiran Kampung Alor, Jalan Alor Mengkudu, di sini, semalam.
BAHAU: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas membeli makanan ayam, maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 31, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini, malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Dulu urut batin, tetapi kini 'urut badan dengan badan' dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut.
SEREMBAN: "Saya tidak cari kecantikan, tetapi wanita yang faham kerja saya," kata angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, 38, sebaik selesai majlis pertunangan dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos, di Hotel Klana Resort di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Gagal mendapatkan wang berjumlah RM1,500 daripada isteri, seorang suami sanggup memaksa isterinya menjadi pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pandan Perdana, dekat sini, minggu lalu.
KUANTAN: Sambutan tahun baru kali ini pasti menjadi sejarah paling memalukan bagi seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun apabila ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 16 tahun lebih muda baru dikenali tiga bulan lalu.
KUALA LUMPUR: "Saya sudah berkahwin," kata usahawan produk kecantikan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya, menyangkal dakwaan dia ditangkap khalwat pada malam tahun baru, kelmarin.
SEREMBAN: Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mengikat pertunangan dengan Dr Halina Mohd Yunos di sini hari ini.
GEORGETOWN: Polis mengeluarkan 558 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 35 motosikal dalam operasi membanteras lumba haram sempena sambutan tahun baru yang diadakan di tiga lokasi berasingan di sini awal pagi tadi.
Straits Times Radical Palestinian group kills worker .. - Straitstimes A radical Palestinian group with suspected ties to al-Qaeda killed a worker in southern Israel today when it fired a rocket from the Gaza Strip, just as Baroness Ashton of Upholland, the EU's deputy foreign policy chief, was visiting the blockaded ...
The Malaysian Insider Perak BNBBC Wants Police To .. - Themalaysianinside IPOH, March 18 (Bernama) -- Perak Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) chairman Datuk Nadzri Ismail has lodged a police report against fake State Assembly Speaker V. Sivakumar.