TVSelangor - Tidak sampai 2 tahun mentadbir Kerajaan Negeri Selangor, pentadbiran Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi mendapat pengiktirafan. Ironinya kali, pengiktirafan berkenaan diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Barisan Nasional yang ternyata cuba menggunapakai pendekatan pemberian air percuma kepada rakyat oleh Pakatan Rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari menyambut baik tindakan Menteri ..
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menamakan Nazim Abdul Razak sebagai datuk berbangsa Melayu yang menemuinya di The Curve, Damansara pada 3 Julai tahun lepas. Dalam satu temubual seperti yang disiarkan di laman web Free Malaysia Today, Bala berkata adik kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak itu menemuinya bersama-sama isteri di luar ruang pameran Volkswagen. Balam mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib ..
Malaysiakini - Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar. Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian ..
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid hari ini mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, membongkar kegagalan Kerajaan Barisan Nasional menyelesaikan masalah setinggan di Bukit Botak, Selayang sejak 1986 lagi. Matlamat utama mengatasi masalah limpahan penduduk setinggan yang mendiami Bukit Botak tersasar apabila projek penempatan semula ini gagal menyiapkan kediaman kepada 2,300 keluarga terbabit. Seluas 201 ekar tanah dikenal pasti terlibat dalam perancangan ..
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ. Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu ..
Berdasakan akuan bersumpah Balasubramaniam, Sah Perdana Menteri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Dalam akuan bersumpah Bala yang disiarkan Malaysia Today , beliau mendedahkan disogok dgn RM5juta utk menarik balik Akuan Bersumpah ttg penglibatan Najib! STATUTORY DECLARATION I, Balasubramaniam a/l Perumal (NRIC NO: xxxxxx-xx-6235) a Malaysian Citizen of full age and residing at [deleted], Selangor, do solemly and sincerely declare as follows :- 1. I have been a police officer with ..
Dari Malaysia Kini Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas. Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul ..
Malaysiakini - Kerajaan Selangor akan mendedahkan mulai esok tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan. Katanya, peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada ..
Malaysiakini - Ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa hari ini membawa ke Parlimen, Jayanthi LG Naidu, yang dikatakan menjadi 'saksi utama' yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Datuk VK Lingam. Ini ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut. Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu ..
“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.” Petikan ayat ke-88 dari Surah Hud di atas menjadi pembuka kata Perisytiharan Permatang Pauh yang telah sama-sama kita lafazkan pada tanggal 12 September 1998. Agenda Reformasi yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hari ini bukanlah untuk menyanjung dua tiga kerat pimpinan yang dipilih tetapi untuk mengangkat harapan rakyat yang dahagakan perubahan. Bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat”, ..
“MENSEJAHTERAKAN RAKYAT” 9 NOVEMBER 2009 – ISNIN 8.30 MALAM – 11.00 MALAM LOKASI: DEWAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA UCAPTAMA OLEH: DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM AHLIPANEL: YB YAAKOB SAFARI (PKR) YB TAN SENG GIAW (DAP) YB DR HATTA RAMLI (PAS) SEMUA DIJEMPUT HADIR!
Malaysiakini - Kira-kira 30 penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Angkatan Muda PKR Selangor berdemonstrasi di hadapan bangunan SUK bagi mendesak ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan. Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mula bersidang hari ini, Badrul Hisham kelihatan duduk di sebelah ADUN Barisan Nasional (BN). Kumpulan tersebut berhimpun kira-kira setengah jam sejak jam 9.45 pagi ini untuk menyerahkan memorandum dan surat kepada Badrul Hisham. Bagaimanapun, ..
kemaskini 1.18am Khamis Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu. Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seminar yang dirancang itu, dengan ..
Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan ialah kepada Dr Hasan Ali. Ada cadangan meminta Ha...san Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor.Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat. Alasan ..
12 Oktober 2009 National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009. Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak). NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana ..
Gordon Brown visits flood-stricken Cumbria - Timesonline Gordon Brown today visited flood-stricken communities in Cumbria hit by the heaviest rainfall since records began. The torrential downpour has destroyed homes, businesses and claimed the life of a policeman, swept away as he helped motorists off a ...