BUKIT MERTAJAM: Tiga beradik berusia sembilan hingga 12 tahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Kecil, Jalan Betek di sini, semalam.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kajian dan pelan penambahbaikan laluan kerjaya membabitkan peluang kenaikan pangkat pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan serta pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perguruan.
AMPANG: Empat pelancong Sepanyol termasuk seorang wanita yang dikatakan menginap di hotel mewah sekitar Lembah Klang, ditahan polis kira-kira setengah jam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Tun Abdul Razak di sini, semalam.
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak pengakuan bersalah penganggur, Rasidi Ismail, atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, awal Januari lalu.
KUALA LUMPUR: Pemilihan kepemimpinan MCA pada 28 Mac ini dijangka hangat berikutan ada petanda Datuk Seri Ong Tee Keat akan mempertahankan jawatan presiden dan kemungkinan dicabar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meletak jawatan Timbalan Presiden, baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian penderaan kanak-kanak yang terus berlaku menunjukkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat negara ini masih rapuh.
KUALA LUMPUR: "Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin (kanan), 31, mengakui kemelut yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven, 41, terlalu rumit dan mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat.
KUALA LUMPUR: Pemuda dan Wanita MCA semalam menolak keputusan Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang mengarahkan mereka untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini seperti dijadualkan.
KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.
KUALA LUMPUR: Kedudukan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, kini tercabar berikutan peletakan jawatan 21 daripada 31 anggota Jawatankuasa Pusat (CC), termasuk timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sekali gus memaksa parti itu mengadakan pemilihan baru dalam tempoh 30 hari.
PETALING JAYA: Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan.
KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.
KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
PETALING JAYA: Kerajaan akan memberi insentif wang tunai menerusi sistem penarafan bintang dikenali 'Liga Balai Polis' bagi mengiktiraf balai yang mencapai sasaran membanteras serta mengurangkan kadar jenayah.
KUALA LUMPUR: Seramai 206,585 penerima faedah pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendapat 'durian runtuh' apabila kerajaan menaikkan bayaran itu antara 0.6 hingga 11 peratus, iaitu kadar kenaikan tertinggi dalam sejarah Perkeso.
SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh di kawasan lapang di Bandar Saujana Putera, Banting, dekat sini, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang bapa yang berdoa hampir setiap malam untuk mendengar suara anaknya, Umi Azlim, 26, sejak tiga tahun lalu selepas ditahan pihak berkuasa China atas tuduhan mengedar dadah, termakbul apabila anaknya dibenarkan membuat panggilan telefon kepada keluarganya, baru-baru ini.
Telegraph.co.uk Suicide Attacker Kills 13 in Pakistan - Telegraph A regional military commander in Pakistan says a suicide bomber has killed at least 13 people and wounded at least 53 others in northwestern Swat valley.