NewsKini  
NewsKini    
...
.
Browse Headlines : Alkerohi News   Page 1     Next >>
7/11 5:34 pm Slogan BN Menang Kedah Kontang

Depa kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan melancarkan slogan BN Menang Kedah Senang dalam majlis Gerak Mesra 1Malaysia di Yan pada 12 November ini. Tujuannya ialah untuk menaikkan semangat ahli untuk merebut kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Orang Bukit Besar Yan pula mencipta slogan baru iaitu, BN Menang Kedah Kontang .Pulak ! Adakah macam tu...

7/11 12:57 am Kedah akan ikut PAS Terengganu
4/11 6:58 pm Bijak JAIS, layak 12 bulan bonus

Jabatan Agama Islam Selangor dikatakan bertindak bijak menahan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bukan saya yang kata. Beberapa orang penduduk Klian Intan Keroh Perak memberitahu saya bahawa takkanlah Jabatan Agama sangat bodoh bertindak seperti orang yang lebih gila menahan bekas mufti tersebut. Tentu ada sebabnya, tegas mereka. Ada yang mencadangkan bonus dua belas bulan gaji kepada pegawai yang terlibat. Betoi ka depa ni - penduduk Klian Intan - atau saja dok perli sapa-sapa. ..

1/11 9:32 pm Sidang Gerakan lebih bertenaga dari UMNO

A da beberapa perkara yang dibincangkan di dalam persidangan ke 38 parti Gerakan yang sedang berlangsung itu boleh dibanggakan. Pertamanya, mereka melalui presidennya Koh Tsu Koon meminta kerajaan menilai dan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap institusi seperti kehakiman, SPRM dan Polis. Bagi Gerakan, untuk memerangi jenayah dan rasuah ianya memerlukan 'political will'. Pada hemat saya, Gerakan sudah bosan dengan ucapan, slogan dan acara memukul gendang dari UMNO. Saya kira Gerakan ..

1/11 12:37 am Selangor : Lain yang didakwa, lain yang dibicarakan?

Dihebohkan bahawa orang lain yang dituduh namun orang lain pula yang dibicarakan di Selangor. Betulkah ? Kita tunggu perkembangan selanjutnya. (Foto:Taman Tamadun Islam, Terengganu)

31/10 7:03 am MARA perlu dirombak

Apabila MARA atau Majlis Amanah Rakyat membeli komputer riba berharga RM84,000.00 bagi dua unit, maka ini merupakan satu tanggapan pertama dan senyum sinis masyarakat terhadap ketelusan kakitangan agensi ini dan ianya juga merupakan tamparan kepada kepimpinan di organisasi MARA sendiri. Sebelum ini ramai kawan-kawan pernah membangkitkan tentang kelemahan dan masa hadapan MARA. Terutama sekali baru-baru ini apabila agensi ini dikatakan tidak cukup wang untuk disalurkan sebagai pinjaman atau ..

30/10 1:00 pm Jambatan gantung runtuh di Perak, projek dari langit

Tidak ada yang mengaku. Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu. Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat. Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran ..

30/10 7:00 am Polis, hentikan mohon perintah mahkamah yang menekan rakyat

KENYATAAN AKHBAR AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA – 28 OKTOBER 2009 HENTIKAN PENGGUNAAN INJUNKSI UMUM BAGI MENEKAN HAK RAKYAT [Peliknya, mahkamah membenarkan berulangkali perintah seperti ini di atas andaian atau imaginasi polis. Perak merupakan negeri/ tempat terbaru perintah seperti itu diperolehi dari mahkamah - alkerohi] Amnesty International Malaysia amat prihatin dengan penggunaan injuksi umum yang diperolehi oleh pihak polis untuk persidangan 28 Oktober Dewan Undangan Negeri Perak. ..

29/10 10:50 pm Anak Raja Petra dipukul di dalam penjara ?

Anak Raja Petra dipukul di dalam penjara ? RPK’s son beaten in prison? The crisis of confidence in the key institutions in the country is also highlighted by Raja Petra Kamaruddin’s two days ago, viz: “To those who walk in the corridors of power, I wish to inform you that I know you are beating up my son in the Sungai Buloh Prison. Every day he is being subjected to beatings to force him to withdraw his not guilty plea and to plead guilty to the various charges he is facing. “I also ..

29/10 10:10 am Isu PAS : Samy akan kata serupa la..

Kalut punya kalut, tunggu nak adakan seminar pula. Jika Samy Vellu mengikuti perkembangan politik parti PAS, tentu dia seronok dan akan berkata, "kita surpa (serupa) la..."

28/10 7:43 pm Mesyuarat PAS malam ini, gigit dan musnahkan

Muzakarah atau mesyuarat PAS malam ini, gigit dan musnahkan sahaja. Setakat gigit dan melepaskan, dia akan berulang lagi. Setakat gigit seperti yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara tetapi tidak ada kuasa untuk memusnahkan, ia berulang setiap hari di jabatan kerajaan. JKKKK pun boleh melakukan gigitan. Namun, moral, maruah dan kedaulatan boleh hilang kerana gigitan seperti itu.

27/10 6:25 pm Haji Hadi : Dr M, mind your own party please

"Dr M tidak mempunyai hak mencampuri urusan kepimpinan PAS" kata Ustaz Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Jagalah parti sendiri. Itu masej yang cuba disampaikan. "Dr M, mind your own party please". Lebihkurang dalam bahasa Inggeris begitulah. Baca di sini .

27/10 6:55 am Ibrahim banyak jasa, janganlah panggil katak

Berahim Ali banyak jasanya pada negara. Diantaranya beliau pernah meminta kerajaan menaikkan taraf ITM kepada universiti. Katanya, orang tak kenang itu semua. Asyik-asyik panggil dan gelar dia katak. Katanya kepada Malaysiakini , ramai lagi pemimpin yang lompat parti tetapi tidak digelar sebegitu. Ibrahim Ali menegaskan, di Sabah, tidak ada pemimpinnya yang tidak melompat parti. Begitu juga Tun Hussein Onn, Anwar Ibrahim, Marina Yusof, Asri Muda, Rais Yatim, Shabery Cheek dan Hassan Adli, ..

26/10 8:13 am Bersihkan kala jengking di dalam PAS

Depa kata ada kala jengking di dalam PAS. Merayap masuk kot mana ? Lantaran isu kala jengking ini, ada orang kata rupa-rupanya UMNO ni sayang pada PAS. Sayang betoi-betoi atau sayang buat-buat, itu soal dia. Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri mengambil berat lalu memberikan komen, Zahid Hamidi pun komen dan ramai lagi memberikan pandangan masing-masing tentang masa depan PAS ekoran kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mahukan EGM diadakan bagi membersihkan dua tiga kerat pecinta ..

25/10 10:50 am Tumbuk tak kena, gigit kena

Polis tumbuk dulu. Lalu Tian Chua menggigit polis. Di atas alasan mempertahankan dirilah agaknya. Tapi yang kena Tian Chua. Polis yang mulakan dulu, bebas sebebasnya. Musa Hassan - hang pasti seronok dan ketawa.

24/10 6:10 pm CUEPACS sokong BN dapat futsal dan kolam mandi

Belanjawan 2010 dibentangkan. Rumah siap, pahat pun berbunyi. Ramai kakitangan kerajaan melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Ada yang bertanya, biasakah sesiapa mendengar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di dalam mana-mana majlis atau persidangan memberitahu, “kami tidak ada wang untuk membuat projek”. Projek sudah pasti akan berjalan kerana yang bakal mendapat habuan adalah kaum kerabat dan kroni. Jumlahnya bukan sebulan gaji atau setahun gaji kakitangan kerajaan, tetapi beratus juta ..

24/10 10:40 am Hassan Ali kepanasan

Saya mohon maaf. Posting "Mahkamah kedai tuak, hakim mabuk" bukan untuk di'publish' lagi. Posting Hassan Ali kepanasan , tolak EGM masih yang terbaru. Maaf.

24/10 7:52 am Hassan Ali kepanasan, tolak EGM

Hassan Ali - PAS Selangor mula panas. Mereka tidak mahu EGM. Rata-rata Hassan dikatakan penyokong kuat kerjasama dengan UMNO - pro UMNO. Selangor tolak cadangan Muktamar Agung Khas Pas SHAH ALAM 23 Okt. - Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. ..

23/10 6:44 pm Ustaz Hadi, Nasha dan Cik Gu Pa tersingkir

Ustaz Abd Hadi Awang Presiden PAS, Ustaz Nasha Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong Cik Gu Pa akan disingkirkan ? Mereka dikatakan golongan pro-UMNO. EGM untuk PAS pulakah selepas MCA. Baca di sini .

23/10 7:42 am MCA : Kahwin paksa OTK dan CSL

Kahwin paksa diantara Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek ? Berapa lama mampu mereka bertahan di atas nama menyatu dan memperkukuhkan MCA. Dengar cerita, 'tribunal perkahwinan politik' itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Abd Razak. Aduh ! Ramai di dalam MCA yang berebut-rebut dan memasang niat untuk merdekati lagi dan memilikinya. Memiliki siapa. Salah seorang daripada pasangan kahwin paksa itu atau siapa ? Bukan. Memiliki rumah besar yang mereka mendiami itu-MCA !


Next >>
 
.
World     >>
4 hrs ago

guardian.co.uk

U.S. Army gunman's act "impossible" - .. - Reuters
AL-BIREH, West Bank, Nov 7 (Reuters) - The grandfather of a US Army psychiatrist accused of shooting dead 13 people and wounding 30 others at a base in Texas said on Saturday he found it impossible to believe his grandson had committed the act.
Ads  

   

.
.
See Also: NewsKini Blog | MGG Pillai Archive | Free Ringtones | Ringtones | List | RSS | mRSS
Contents were generated automatically by a computer program. ©2009 NewsKini L: 0.073 Reload