KUALA LUMPUR, 20 Nov: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak yang mahukan perubahan agar jangan berdiam diri dan sekadar menjadi penonton sahaja.
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia '.
IPOH, 20 Nov: 10 pihak termasuk Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Pemuda PAS menganggap menganggap permintaan Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) Tan Sri Darshan Singh Gill agar kerajaan menghapuskan subsidi gula yang bernilai RM720 juta setahun tidak sesuai dilaksanakan sekarang.
BALIK PULAU, 20 Nov: Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ada di Pulau Pinang kini hanya tinggal enam buah sahaja jika dibandingkan dengan 16 SAR yang ada pada tahun 2002 bagi seluruh negeri Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoal kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.
KOTA BHARU, 19 Ogos: Dewan pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bersedia menjadi penganjur majlis debat mengenai pembayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan sekaligus memuji sikap berani Datuk Seri Nazri Aziz yang sanggup untuk menyertainya.
IPOH, 19 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mengajak Pergerakan Pemuda Umno negeri itu mengadakan perlawanan amal bola sepak bagi bagi mengumpul dana membantu pasukan bola sepak negeri itu beraksi pada Liga Super musim depan.
PULAU PINANG, 19 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) supaya memberi perhatian yang lebih serius bagi membela nasib rakyat yang berpendapatan rendah daripada menjaga kepentingan golongan atasan.
ALOR SETAR, 19 Nov: Persidangan hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini ditangguh ke Ahad, 22 November ini berikutan kerosakan sistem penghawa dingin hawa dalam dewan.
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menuntut agar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald Giluk Dompok menarik balik kenyataannya berhubung gaji pekerja ladang di Malaysia yang didakwa satu pembohongan.
SHAH ALAM, 18 Nov: Seramai 651 anak Kariah masjid dan surau Parlimen Shah Alam memberi sokongan bahawa khutbah yang telah disampaikan oleh ahli Parlimen mereka, Khalid Samad adalah mantap.
SHAH ALAM 18 Nov: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi menggunakan peruntukan sekysen 2C mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan laporan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Walaupun para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) silih berganti membuat siasatan ke atas pemimpin kerajaan Selangor, Transparency International Malaysia(TI-M) memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh.
KUALA LUMPUR, 18 Nov : Bekas Mufti Perlis hari ini membidas dan mempersoalkan tindakan Jais yang tergesa-gesa mahu membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.
GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.
KUALA LUMPUR, 18 Nov : Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menunaikan janjinya untuk berdebat secara terbuka mengenai isu Royalti Petroleum Kelantan.
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
UN official urges countries to learn from Cuba on .. - Xinhuanet HAVANA, Nov. 20 (Xinhua) -- The representative of UNICEF, or the UN Children's Fund, in Cuba said here Friday that Cuba is among the countries that have best implemented the UN Convention on the Rights of the Child, and that countries in the world ...