Adakah ini boleh dikatakan analisis seorang penganalisis atau ampuan seorang pengampu? Kalau beginilah analisis seorang yang bergelar profesor, antara gelar tertinggi dalam dunia akademik, malang benarlah dunia akademik kita. Saya tidak kisah sangat kalau analisis ini dibuat oleh orang biasa-biasa. Kalau analisis orang biasa-biasa bias, itu adalah biasa, tetapi kalau analisis seorang profesor bias sebegini, tentu janggal. Siapa rajin bacalah analisis makhluk berkenaan di bawah ini. Eh, ramaikah ..
Biar pun bukan orang PKR, saya terkilan sekiranya berita mengenai pembubaran PKR Cabang Kuala Selangor adalah benar. Tambah terkilan lagi apabila cabang itu adalah cabang yang diketuai sendiri oleh Khalid Ibrahim. Umno tentu gembira dengan perkembangan ini. Mereka tentu menyimpulkan bahawa PKR semakin ditolak oleh rakyat dan Umno semakin pulih di Selangor. Sama ada kesimpulan Umno itu benar atau salah, itu bukan isunya. Isunya ialah, mengapa cabang itu boleh terbubar? Kalau yang terbubar itu ..
SPR melaporkan bahawa terdapat 4.39 juta pengundi belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah itu mewakili 28 peratus jumlah pengundi yang layak untuk mengundi. Maksudnya nasib negara ini hanya ditentukan oleh 78 peratus sahaja pengundi dan bukan semuanya. Itu belum dikira mereka yang telah mendaftar tetapi tidak keluar mengundi. Jika jumlah kedua-duanya adalah separuh, bermakna masa depan negara ini hanya ditentukan oleh separuh daripada pengundi sahaja. Ada berbagai kemungkinan mereka yang layak ..
Utusan Malaysia Online melaporkan, Tok Guru Nik Aziz kata di Kelantan ada cah keting. Semua orang rasa tak seronok dengan apa yang Tok Guru sebut berlaku di Kelantan itu. Kenyataan ini tentu merujuk kepada perkembangan terkini yang melibatkan beberapa individu, atau boleh jadi juga lebih daripada itu di Kelantan. Bagi sebahagian orang, kenyataan itu seperti membuka pekung di dada. Menyembunyikan pekung tentu lebih baik daripada mendedahkannya. Kalau ingin dibuka juga, biarlah pekung itu dibuka ..
Ketika memandu untuk ke ar-Rahn (pajak gadai Islam) pada penghujung Disember yang lalu, saya melalui beberapa buah pajak gadai konvensional di Kangar. Kaunternya tinggi mengatasi kepala dan dipasang jeriji besi. Saya pasti penggadai tidak akan dibenarkan untuk melihat bagaimana emas miliknya ditimbang dan diuji ketulenannya. Apa yang pasti, selepas beberapa minit, sepucuk surat gadai bersama hasil gadaian diserahkan kepada penggadai. Taukeh pahak gadai tersebut pula membilang hari untuk ..
Entah mengapa, tiba-tiba terasa untuk membuka kembali gulungan lembaran kenangan yang tersimpan rapi. Fikiran tidak tenang dan hati tidak tenteram jika gulungan lembaran kenangan tidak dibuka. Bagai ada yang tidak kena dan tidak sempurna. Pak Ngah, begitulah panggilan mesra saya kepada Ust Haji Ahmad bin Ali. Dia lebih dikenali di kalangan rakan-rakan sepengajiannya atau teman rapat seusianya dengan Ust Saad Ali. Lulusan sarjana Usul Fiqh Universiti al-Azhar ini saya kenali ketika dia ..
Kalau perasaan gembira boleh dilahirkan dengan melompat, saya akan melompat setinggi-tingginya untuk melahirkan perasaan itu. Kegembiraan itu bertambah-tambah lagi apabila tindakan ini dibuat oleh seorang yang berjubah dan berserban dan pernah dilabel dengan pelbagai label negatif oleh saingan politiknya. Sosok ini pernah berulang-ulang kali berkata, manusia berasal dari sumber yang satu biar pun berlainan agama. Bangsa dan bahasa pula dipengaruhi oleh faktor geografi dan sosial. Bahasa dan ..
Sekarang di sana sini Umno mencanang dirinya sebagai ‘Juara Rakyat’. Parti yang sudah berusia 63 tahun dan sedang kelelahan itu cuba memikat kembali hati masyarakat dengan slogan baru. Suatu ketika dulu, pada zaman Tun M jadi PM, ada slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’. Kesudahannya, slogan hanya tinggal slogan kerana yang terbela bukan rakyat tetapi kroni. Slogan itu berpusing 360 darjah menjadi ‘ Tradisi Membela Kroni’. Ketika rakyat terulit dengan slogan itu, harta negara dipunggah ..
Antara pemain yang tampil dalam isu kalimah Allah dan kejadian bakar gereja sekarang adalah Hishammuddin, Rais, Muhyiddin dan Najib. Mana Jamil Khir? Jamil Khir adalah menteri Umno yang jaga agama. Dia bekas orang besar angkatan tentera, pandai bercakap dalam forum perdana tetapi belum terdengar suaranya dalam isu terbaru ini. Mengapa tiada? Cakap orang sepertinya amat diperlukan. Sekurang-kurangnya kalau ada mana-mana menteri yang hendak bercakap dalam isu ini, cakap Jamil boleh dijadikan ..
Zahid Hamidi membetulkan laporan media. Katanya harga sebenar enjin jet yang hilang itu ialah RM303,570.00 dan bukannya RM50 juta atau RM28 juta. Maknanya, laporan media selama ini adalah kurang tepat. Kenyataan Zahid ini yang tepat. Zahid bercakap benar. Shaziman Abu Mansor pula berkata, bumbung stadium di Terengganu runtuh kerana bahan dan kualiti kerja tidak ikut spesifikasi. Bumbung stadium itu sebenarnya bahaya. Ia tidak selamat seperti sangkaan orang sebelum runtuh. Maknanya sangkaan ..
Apa pun tanggapan orang, saya sangat berpuashati dengan kenyataan rasmi PAS berkaitan isu penggunaan nama Allah. Ada tiga asas penting yang terkandung dalam kenyataan rasmi ini. Pertama, PAS menghormati kebebasan beragama. Kedua, penggunaan nama Allah oleh Kristian dan Yahudi dibenarkan. Dan ketiga, jangan gunakan pada tempat yang salah. Tentu yang paling menyerlah ialah kesediaan PAS untuk menjelaskan isu ini kepada sesiapa sahaja untuk menjamin keharmonian rakyat. Ketiga-tiga asas penting itu ..
Ada orang berpendapat isu kalimah Allah tidak boleh ditangani seperti orang buta meraba gajah. Gambaran gajah bagi orang buta bergantung kepada mana satu anggota gajah yang dipegangnya. Pendapat itu benar. Namun, ada beberapa persoalan yang berlegar di kepala. Adakah orang Islam di Malaysia masih seperti orang buta meraba gajah? Adakah tidak ada di sana orang celik yang mampu menjelaskan kepada orang buta mengenai hakikat sebenar gajah? Benar, kita bimbang keputusan mahkamah yang terbaru bakal ..
Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah. Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan? Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang? Agaknya begini… SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran. ..
Proses penamaan calon selama tiga hari adalah antara cadangan pindaan undang-undang yang bakal dibuat oleh SPR. Tujuannya ialah mengelakkan pertembungan penyokong calon dan pergaduhan. Tidak ada masalah apa-apa untuk menyokong cadangan SPR ini. Tetapi, itu bukan bermakna cadangan ini tidak boleh dibahaskan oleh umum sebelum ia dibahaskan di peringkat legislatif. Soalan awal ialah hanya tiga hari, mengapa tidak lima atau tujuh? Apa beza satu, tiga, lima atau tujuh? Mengapa tempoh penamaan calon ..
Berdepan dengan Umno dalam politik tidak punya masalah besar. PAS punya jentera sendiri sampai ke peringkat paling bawah berbanding Umno yang sangat bergantung kepada jentera kerajaan. Umno berjaya menjadi kerajaan pun adalah kerana kongkongannya ke atas SPR. Hakikatnya Umno hanya gah pada ‘merahnya’ sahaja tetapi kosong di dalam, kelam. Apa yang sulit, kesat dan berat bagi PAS ialah politiking dalaman. Kadang-kadang, di sesetengah negeri, pemimpin PAS negeri berkenaan lebih menumpukan ..
“Letih nampak Bang Andir!” tegur Andih sambil menghulurkan segelas air sejuk kosong. Baju singlet masam peluh dicampak ke sudut rumah. Dengar-tak dengar saja Pak Pandir soalan isterinya itu. “Mana taknya. Aku yang kena angkat manila kad, aku kena jawab soalan wartawan, aku kena keloi orang ikut sama, semuanya aku…” “Dua puluh lagi yang ikut tu… ikut saja. Apa pun tak tau. Klip pok…klip pok… macam katak terlepas nyamuk. Heh…” “Pasal apa lagu tu pulak…? Kan Bang Andir ..
Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor. (Baca Harakahdaily) Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu. Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ..
Konvensyen Pakatan Rakyat yang memperuntukkan secara jelas polisi negara termasuk kedudukan Islam dan bahasa Melayu sekiranya berkuasa, menjadikan Umno sawan. Tanpa segan silu, Umno bersedia menjadi ‘penasihat’ PAS supaya tidak menggadai prinsip perjuangan. Macamlah perjuangan Umno punya prinsip…! PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang ..
SATU - Baca sini . Samada perkara itu betul atau salah, itu belum pasti. Kalau salah, abaikan saja tetapi kalau perkara itu benar, jangan pandang sebelah mata. Kata anak TG Nik Aziz, ketika ini hanya bapanya sahaja yang pertahan PAS. Maksudnya, orang lain terutamanya orang kanan Tok Guru di Kelantan tidak pertahan PAS, tidak berbuat apa-apa. Mudah cakap, semua orang hanya ‘tengok saja’ atau ‘buat dono (don’t know)’. Kalau dikatakan semua pimpinan PAS Kelantan buat ‘dono’ dengan ..
Sydney Morning Herald 'Red' protesters demand Thai PM .. - Smh Tens of thousands of Thai opposition supporters have rallied in Bangkok to press the government to step down. They gave Prime Minister Abhisit Vejjajiva until Monday to call fresh polls and vowed to demonstrate across the capital if he refuses to do so ...