Kerja ini bukan senang. Masa, tenaga, komitmen, kerjasama, tumpuan, kewangan, ruang, kebenaran, sokongan dan banyak lagi dikorbankan untuk menjayakannya. Semua itu wajar direkodkan. Lalu buku rekod Malaysia pun merekodkannya (baca sini). Rekod itu akan kekal sampai bila-bila, tidak terpadam walau pun dipecahkan. Ia bakal disaksikan generasi akan datang. Sepuluh, dua puluh, tiga puluh atau ratusan tahun, selagi buku rekod itu ada, orang akan membacanya. Soalnya, berbanggakah generasi dua puluh, ..
Menurut khabar, Asri bakal dilantik sebagai YDP YADIM menggantikan Nakhaei Ahmad dalam tempoh terdekat walau pun tarikh tamat kontrak Nakhaei adalah pada tahun 2 . Najib memang mahukan Asri berada di tempat itu. Alasan yang nampak adalah mungkin kerana Nakhaei sudah berusia. Ada ramai rakan Nakhaei yang seusia dengannya seperti Yusof Noor, Abdul Hamid Othman, mereka masih berkhidmat dengan pelbagai sektor kerajaan tetapi mereka tidak diusik. Mengapa Nakhaei dan YADIM yang diusik oleh Najib? ..
Hari Ahad, saya dan beberapa sahabat berkesempatan mengunjungi Ust Yahya Othman di rumahnya yang terletak lebih kurang 3km dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Kelantan. Beliau adalah bekas exco kerajaan Negeri Kelantan. Pernah memegang beberapa jawatan peringkat tinggi PAS Pusat dan PAS Kelantan. Beliau sangat ceria dan begitu bersemangat sekali untuk berkongsi wawasan dan ideanya dengan kami. Di hadapan rumahnya, di seberang lorong kecil, tegak sebuah bangunan baru sederhana besar. ‘Darul ..
Saya lahir di Kedah, berkahwin dengan orang Perak dan menetap di Perlis. Hidup saya di Perlis lebih panjang daripada hidup saya di Kedah, namun Kedah berjasa besar kerana saya membesar dan terdidik di sana. Semasa awal krisis di Perak dahulu, saya pernah membuat posting ‘Daulat Tuanku’ kepada raja Perak. Orang persoalkan saya, “Awak orang Perlis, apa pula mendaulatkan raja Perak”? Saya jawab, “Mentua saya orang Perak, jadi saya berhak membuat begitu.” Semasa Perak di bawah Pakatan ..
SATU - Saya bukan pemimpin PAS berjawatan tinggi juga bukan seorang yang layak untuk menjawab soalan seorang profesor. Tetapi sebagai seorang yang berminat dengan persoalan yang berkaitan Islam, saya sekadar ingin memberi respon sahaja untuk posting di blog ini. Kalau soalan dalam blog tersebut boleh dikategorikan sebagai soalan Fiqh, maka ia Fiqh Siayasah, atau boleh jadi juga Fiqh Aulawiyyat, atau Fiqh Jinayaat. Ada dua isu; pertama, menghentikan arak, judi, zina dan banyak lagi kemungkaran ..
Apa pun keputusan mesyuarat khas PAS Pusat, harapan saya keputusan itu bukan sekadar memuaskan dan melegakan hati pemimpin-pemimpin yang bermesyuarat itu sahaja, bahkan keputusan itu hendaklah melegakan dan memuaskan hati ahli-ahli serta penyokong PAS. Lebih penting daripada itu, keputusan itu hendaklah memuaskan dan melegakan hati rakyat yang meletakkan harapan kepada PAS dan Pakatan Rakyat sebagai ganti kepada Umno dan BN. Tidak guna PAS membuat keputusan yang bersifat ‘syok sendiri’, ..
Kedua-dua kenyataan di atas menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membantu orang miskin. Diakui ada kepincangan dan kepincangan itu diletakkan di atas pundak 'data'. Dan, beginilah 'data' yang dimaksudkan oleh mereka. Nampaknya memang 'data' ini bersalah. Orang miskin mungkin terus mendapat bantuan walau pun 'data' tidak bekerja. Tetapi mungkin penyaluran bantuan itu berlaku seperti yang dikatakan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.
Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri. Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di ..
Menurut Utusan Malaysia Online, Mursyidul Am minta supaya PAS dibersihkan daripada anasir pro kerajaan (atau pro Umno). Mereka ialah Tim Presiden, SU Agung dan PJ Selangor. Pembersihan itu perlu dibuat melalui muktamar khas. Menurut Naib Presiden 2, PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama akan mengagendakan dalam mesyuarat masing-masing cadangan Mursyidul Am itu. Maksudnya, cadangan Mursyidul Am tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja tetapi akan diperhalusi. Terpulanglah kepada dua institusi tertinggi ..
Perlukah PAS mengadakan muktamar khas untuk: SATU - MEMILIH SEMULA KEPIMPINAN PAS PUSAT Tidak perlu . Kepimpinan yang ada sudah mampu bercakap dan bekerja. Kalau diadakan semula muktamar khas untuk tujuan ini, seolah-olah kewibawaan pemimpin sekarang dipertikaikan. Suara perwakilan yang memilih mereka dalam muktamar yang lalu seolah-olah tidak berguna lagi. Bagaimana kalau pemimpin yang ada sekarang terpilih lagi, kemudian ada lagi suara yang tidak berpuashati dengan kepimpinan itu, buat ..
Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat. Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS. Selaku ..
Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu. Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ..
Hari Khamis lepas, saya menghadiri majlis hari kecemerlangan pelajar sekolah anak saya. Majlisnya ringkas dan ceria. Tiada ucapan (sebenarnya celoteh dan kempen) wakil rakyat. Tetamu jemputan hanyalah ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menerima hadiah. Penyampaian hadiah pula dilakukan oleh guru-guru kanan sekolah sementara hadiah utama disampaikan oleh Pengerusi PIBG. Majlis penyampaian hadiah diselang-seli dengan persembahan pelajar. Semua hadirin nampaknya terhibur termasuk kagum dengan ..
Ucapan Ketua Pemuda Umno masih bergema di bawah tempurung Melayu. Beliau cuba bermain istilah apabila menyebutkan bahawa konsep kepimpinan kini tidak boleh berasaskan Malay dominance (kekuasaan Melayu) yang sempit tetapi hendaklah berteraskan Malay leadership (kepimpinan Melayu) yang adil dan rahmah. Istilahkan apa sahaja, sebenarnya masih belum keluar daripada tempurung Melayu. Inilah retorik Umno dari dulu sampai kini dan ini juga ratib mereka sepanjang hari. Ketika Umno pekat dengan laungan ..
Nampaknya, Najib berkeyakinan tinggi bahawa rasuah (Najib gunakan istilah politik wang) yang membarah dalam Umno dapat dihapuskan melalui pindaan perlembagaan parti itu. Logik Najib, apabila lebih ramai yang menjadi perwakilan untuk memilih pemimpin, maka tentulah calon-calon yang bertanding berfikir beberapa kali untuk merasuah perwakilan kerana bilangan yang besar. Najib kata, “Kalau 2500 orang boleh dibuat dalam gelap.” Maksudnya, kalau bilangan perwakilan lebih besar tentu rasuah sukar ..
Seperti biasa, pada hari mengundi pasti penyokong parti-parti yang bertanding akan berkumpul di luar kawasan larangan tempat mengundi. Di Sekolah Kebangsaan Tengku Adnan, dalam daerah mengundi Bagan Pinang (saya kurang ingat nama sebenar sekolah itu), sesampai saya di situ ratusan penyokong PAS dan telah BN berkumpul. Mereka berkumpul secara berhadapan ke jalan masuk sekolah berkenaan. Turut kelihatan di bawah khemah kecil di situ ialah YB Dato’ Abdul Halim Abd Rahman dan wakil rakyat Manik ..
“Jangan salahkan sistem sekiranya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Parti pemerintah sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang sama tetapi mereka tidak menyalahkan sistem.” – Abdul Azizi Mohd Yusof, Pengerusi SPR Kalau pilihanraya boleh diibaratkan seperti perlawanan bolasepak, maka SPR ibarat pengadil. Pengadil bermaksud orang tengah. Dia tidak boleh memihak sekali pun salah satu pasukan yang bertanding itu adalah pasukan yang dia minat atau dia sokong. Hak Abdul Aziz untuk ..
Ada lima keputusan yang telah dicapai dalam sidang meja bulat PAS Selangor dengan DAP (Baca sini). Bagi saya keputusan yang terpenting ialah keputusan yang keempat iaitu kesedaran mengenai ruang kerjasama antara PAS dan DAP yang luas dalam menyelesaikan semua perkara dengan semangat setiakawan. Saya tidak bermaksud keputusan lain tidak penting, tetapi kerjasama antara PAS dan DAP samada ketika memiliki kerajaan atau tidak adalah sangat penting. Kerjasama kedua-dua parti itu di Selangor kerana ..
“Kita dapat laporan, (mereka buat) majlis baca Yasin, al-Quran dan (membuat) tuduhan, mereka menuduh kita rasuah duit juga (kepada pengundi). Saya dengar dan sedang siasat. Selalunya bila mereka tuduh kita, rupa-rupanya itulah perancangan mereka.” “…berapa banyak PRK sebelum ini dimana agama digunakan, isu-isu perkauman digunakan (semasa kempen), tuduhan-tuduhan yang melulu terhadap pemimpin dan BN…” Petikan kenyataan Hishammuddin di atas boleh didengar di sini . Macam biasa, inilah ..
U.S. Army gunman's act "impossible" - .. - Reuters AL-BIREH, West Bank, Nov 7 (Reuters) - The grandfather of a US Army psychiatrist accused of shooting dead 13 people and wounding 30 others at a base in Texas said on Saturday he found it impossible to believe his grandson had committed the act.