NewsKini  
NewsKini    
...
.
Browse Headlines : Zolkharnain Abidin News   Page 2     << Prev   Next >>
17/10 6:15 pm Mengapa Tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Siam?

Hari Khamis lepas, saya menghadiri majlis hari kecemerlangan pelajar sekolah anak saya. Majlisnya ringkas dan ceria. Tiada ucapan (sebenarnya celoteh dan kempen) wakil rakyat. Tetamu jemputan hanyalah ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menerima hadiah. Penyampaian hadiah pula dilakukan oleh guru-guru kanan sekolah sementara hadiah utama disampaikan oleh Pengerusi PIBG. Majlis penyampaian hadiah diselang-seli dengan persembahan pelajar. Semua hadirin nampaknya terhibur termasuk kagum dengan ..

14/10 9:25 pm Khairi Berdegar Dengan Labu Melayunya

Ucapan Ketua Pemuda Umno masih bergema di bawah tempurung Melayu. Beliau cuba bermain istilah apabila menyebutkan bahawa konsep kepimpinan kini tidak boleh berasaskan Malay dominance (kekuasaan Melayu) yang sempit tetapi hendaklah berteraskan Malay leadership (kepimpinan Melayu) yang adil dan rahmah. Istilahkan apa sahaja, sebenarnya masih belum keluar daripada tempurung Melayu. Inilah retorik Umno dari dulu sampai kini dan ini juga ratib mereka sepanjang hari. Ketika Umno pekat dengan laungan ..

13/10 9:19 pm Antara Najib Dan Khairi

Nampaknya, Najib berkeyakinan tinggi bahawa rasuah (Najib gunakan istilah politik wang) yang membarah dalam Umno dapat dihapuskan melalui pindaan perlembagaan parti itu. Logik Najib, apabila lebih ramai yang menjadi perwakilan untuk memilih pemimpin, maka tentulah calon-calon yang bertanding berfikir beberapa kali untuk merasuah perwakilan kerana bilangan yang besar. Najib kata, “Kalau 2500 orang boleh dibuat dalam gelap.” Maksudnya, kalau bilangan perwakilan lebih besar tentu rasuah sukar ..

12/10 5:43 pm Betul-betul Atau Main-main?

Seperti biasa, pada hari mengundi pasti penyokong parti-parti yang bertanding akan berkumpul di luar kawasan larangan tempat mengundi. Di Sekolah Kebangsaan Tengku Adnan, dalam daerah mengundi Bagan Pinang (saya kurang ingat nama sebenar sekolah itu), sesampai saya di situ ratusan penyokong PAS dan telah BN berkumpul. Mereka berkumpul secara berhadapan ke jalan masuk sekolah berkenaan. Turut kelihatan di bawah khemah kecil di situ ialah YB Dato’ Abdul Halim Abd Rahman dan wakil rakyat Manik ..

9/10 3:00 pm Bolehkah Pengerusi SPR Jawab Begitu?

“Jangan salahkan sistem sekiranya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Parti pemerintah sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang sama tetapi mereka tidak menyalahkan sistem.” – Abdul Azizi Mohd Yusof, Pengerusi SPR Kalau pilihanraya boleh diibaratkan seperti perlawanan bolasepak, maka SPR ibarat pengadil. Pengadil bermaksud orang tengah. Dia tidak boleh memihak sekali pun salah satu pasukan yang bertanding itu adalah pasukan yang dia minat atau dia sokong. Hak Abdul Aziz untuk ..

8/10 3:36 pm Mengapa Hasan Ali Buat Macam Ni?

Ada lima keputusan yang telah dicapai dalam sidang meja bulat PAS Selangor dengan DAP (Baca sini). Bagi saya keputusan yang terpenting ialah keputusan yang keempat iaitu kesedaran mengenai ruang kerjasama antara PAS dan DAP yang luas dalam menyelesaikan semua perkara dengan semangat setiakawan. Saya tidak bermaksud keputusan lain tidak penting, tetapi kerjasama antara PAS dan DAP samada ketika memiliki kerajaan atau tidak adalah sangat penting. Kerjasama kedua-dua parti itu di Selangor kerana ..

6/10 8:12 pm Salah Baca al-Quran Di Kem Tentera?

“Kita dapat laporan, (mereka buat) majlis baca Yasin, al-Quran dan (membuat) tuduhan, mereka menuduh kita rasuah duit juga (kepada pengundi). Saya dengar dan sedang siasat. Selalunya bila mereka tuduh kita, rupa-rupanya itulah perancangan mereka.” “…berapa banyak PRK sebelum ini dimana agama digunakan, isu-isu perkauman digunakan (semasa kempen), tuduhan-tuduhan yang melulu terhadap pemimpin dan BN…” Petikan kenyataan Hishammuddin di atas boleh didengar di sini . Macam biasa, inilah ..

6/10 8:37 am Sekadar Melepaskan Geram

Gobala baca ayat al-Quran bising, wanita pertama negara bercium dengan Hindustan tak bising. Peerah...

4/10 11:27 pm Mengapa Saya Lupa Yang Itu?

(Baca dulu tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini ) SATU - “Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur, dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian Umno. Jangan paksa atau ajak ulama masuk Umno, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal ini dapat digarapkan ke seluruh pelusuk masyarakat Melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberi kebaikan kepada niat yang ..

4/10 12:44 am Surat Macam Tu Pun Tengku Sudah Pening?

Wah, marah benar Tengku yang jadi Setiausaha Agung Umno ini kepada pihak yang mengedar surat yang disifatkannya palsu itu. Katanya tindakan undang-undang akan diambil. Tengku nak ambil tindakan undang-undang ke atas siapa? PAS? Mana Tengku tahu PAS yang buat dan PAS yang edar. Kalau Umno yang bikin dan edar macam mana? Tentu ada pihak dalam Umno yang tidak puashati dengan perkara-perkara yang tentu Tengku tahu mengenainya. Tengku kata ini taktik kotor pembangkang. Pembangkang dimana? ..

3/10 8:58 pm Pak Pandir Kena Tumbuk

“Andih, Andih, cepat tolong ambilkan minyak gamat tu”, jerit Pak Pandir. Motosikal Yamahanya ditongkat pantas. Sambil menanggalkan topi keledarnya, dia berlari-lari anak meniti anak tangga rumahnya. Bergoyang-goyang tangga kayu itu. Rasanya kalau sekali lagi Pak Pandir buat macam tu, tangga tu akan runtuh. “Cepat sikitlah”, desaknya lagi sambil mengaduh. “Apa hal pulak?” tanya Mak Andih sambil membetulkan simpulan kain batik lusuhnya. Dia melangkah panjang-panjang menuju ke meja TV ..

2/10 6:25 pm Apa Salah Bantu Ibunya Sama?

Pagi Jumaat hari ini saya berkuliah di sebuah surau di Jitra. Hari ini kuliah di sambung semula selepas cuti berhari raya. Kuliah hari ini mengenai gesaan Allah supaya menyantuni anak yatim dan golongan miskin. Mereka yang mengabaikan anak yatim dan golongan miskin disifatkan sebagai pendusta agama. Malah Sayyid Qutb menyifatkan orang sebegitu sebagai telah tiada iman di dalam jiwanya. Ketika ingin membeli beras di sebuah pasaraya di Perlis suatu ketika dulu, saya bertembung dengan seorang Pak ..

1/10 11:00 pm Khabar Yang Dibawa Angin

SATU - Saya tiada hubungan istimewa dengan Mufti Perlis, namun saya tetap mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kerana beliau terpilih sebagai ‘Sarjana Tamu’ di salah sebuah universiti tersohor, Universiti Oxford bermula Oktober ini. Walau pun saya pernah bertemunya sekitar beberapa jam sahaja bersama beberapa pemimpin PAS yang lain di pejabatnya beberapa bulan yang lalu, saya dapat simpulkan bahawa beliau seorang yang matang, berilmu, berfikiran luas dan senang diajak berbicara. Saya ..

29/09 6:15 pm Umno Sedang Dan Akan Berputih Mata

Isa Samad akhirnya diumumkan sebagai calon Umno untuk PRK Bagan Pinang. Walau pun Wanita Umno tidak menyetujuinya, Mahathir juga tidak bersetuju termasuk Muhyidin sendiri, namun Muhyidin terpaksa akur dengan kehendak Umno Teluk Kemang. Kesudahannya dia sendiri yang mengumumkan Isa adalah calon PRK Bagan Pinang. Sebelum ini Umno dikritik teruk termasuk oleh Mahathir apabila Khairi Jamaludin menang jawatan Ketua Pemuda Umno. Menurut Mahathir, Khairi menang kerana rasuah. Akhirnya, Najib mendengar ..

28/09 5:02 pm Perkukuah Pakatan Rakyat Tu, Apa?

‘Perkukuh Pakatan Rakyat’, demikian ketetapan muktamar di Perak dan Selangor. Saya yakin semua ahli PAS tiada sebarang pertikaian dalam perkara ini. Semua setuju, sebulat suara. Semua sepakat, segenap usaha perlu ditumpukan kepada agenda itu. Kalau ada orang PAS yang cuba membuat sesuatu, bercakap, menulis atau bertindak, kemudian dilihat seperti mengocak pakatan tersebut, dia dikira menentang ketetapan muktamar dan boleh dikenakan tindakan, termasuk tindakan disiplin. Sebelum itu tentu dia ..

27/09 9:34 am Dia Jurucakap PAS Pusat?

“Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa PAS Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka , lebih-lebih lagi selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras. Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat” - AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Mstar Online, 27 Sept 09, (Baca sini) ..

26/09 11:58 am Hasan Dan Khalid, Macam Kunyit Dengan Kapur?

Hasan Mohamed Ali, PJ PAS Selangor telah mengeluarkan kenyataan media bahawa dia tidak menentang Selcat. Dia cuma mahu prosedur serta teknik penyiasatan dikaji semula. Alasannya, dia tidak mahu ada pegawai kanan kerajaan yang tertekan yang baginya bercanggah dengan objektif penubuhan Selcat sendiri ( baca sini - bertarikh 23 Sept 09). Bertarikh 26 Sept 09 pula, MP Shah Alam, Khalid Samad menulis di dalam blognya, mengkritik Hasan yang baginya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ( baca sini ..

25/09 1:05 pm Apa Salah Hassan Didengar?

SATU - Saya hanya tahu mengenai isu Dr Hassan Ali, PJ PAS Selangor vs DAP mengenai Selcat hanya melalui media. Hassan mahu Selcat menjalankan pendengaran ke atas pegawai kanan kerajaan oleh Selcat diadakan secara tertutup. DAP pula mempertahankan tindakan Selcat menjalankannya secara terbuka. Ada banyak ‘pandangan di sebalik tabir’ mengenai Hassan yang dikeluarkan mengenai isu ini. Antaranya: Hassan khianati Pakatan Rakyat. Hassan sengaja menimbulkan isu ini untuk mencari publisiti murahan. ..

17/09 11:17 am Hishammuddin, Betul Tapi Tak Layak

Hishammuddin bercakap benar apabila menyebutkan bahawa isu perkauman mampu merosakkan pembinaan sesebuah negara bangsa. Tetapi, Hishammuddin sebagai Naib Presdien Umno tidak layak bercakap begitu. Mengapa? Umno yang turut dipimpin Hishammuddin adalah parti perkauman. Laungan popular parti itu ialah ‘Hidup Melayu’, dari dulu sampai sekarang. Laungan itu adalah laungan perkauman, bukan sekadar berbau perkauman. Hishammuddin sendiri bersama Khairi ketika menjadi Ketua dan Naib Ketua Pemuda ..

15/09 6:20 pm Cerita Sejadah Berdiri Dan Bersolat, Hentikanlah!

Entah kali keberapa saya terbaca di dalam akhbar cerita sejadah berdiri bahkan bersolat. Terbaru di Pasir Mas, Kelantan dan sebelum itu rasanya di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Hal itu tidak mustahil berlaku. Kuasa Allah memang tidak terbatas. Menghidupkan orang yang sudah mati ribuan tahun pun mudah sahaja bagi Allah, apatah menjadikan sejadah berdiri. Urusan Allah ialah dengan ‘Kun fa yakuun – jadi, maka jadilah’. Kalau sesiapa rajin taip sahaja ‘sejadah berdiri’ di Google, ..


<< Prev   Next >>
 
.
World     >>
8 mins ago

Sydney Morning ..

In Jerusalem, two sides to a holy site Times of India .. - Timesofindia
At the heart of the contested city of Jerusalem , the holy site known to Jews as the Temple Mount and to Muslims as Haram al-Sharif , or Noble Sanctuary, has become, for many, the epicenter of the conflict between Israel , the Palestinians and the ...
Ads  

   

.
.
See Also: NewsKini Blog | MGG Pillai Archive | Free Ringtones | Ringtones | List | RSS | mRSS
Contents were generated automatically by a computer program. ©2009 NewsKini L: 0.082 Reload