NewsKini  
NewsKini    
...
.
Browse Headlines : Zolkharnain Abidin News   Page 1     Next >>
21/11 9:29 am Pantang Lalu 'Ulur' Selalu

Seorang kawan bergurau, PLUS adalah akronim ‘pantang lalu, ulur (hulur) selalu’. Orang tol hulur tiket dan pengguna hulur wang. Tiket diambil kembali dan kalau terlipat, koyak atau hilang, pengguna didenda. PLUS dapat kembali tiketnya dan dapat juga wang. PLUS sudah kaya-raya. Tidak pernah terdengar PLUS rugi. Kerugian PLUS boleh menjadi sebahagian daripada tanda-tanda kecil kiamat di samping tanda-tanda lain yang memang sedia ada. Akhbar melaporkan PLUS untung lagi bahkan meningkat ..

18/11 12:49 am Ust Azizan Berhadapan Tugas Getir

Seminar khas anjuran PAS awal bulan lalu dimaklumkan, Ust Azizan adalah salah seorang daripada pimpinan PAS paling popular disamping TGNA, TGHH, Nizar dan Mohamad Sabu. Beliau juga dinobatkan oleh Aziz Bari sebagai pemimpin yang dikira layak untuk memimpin PAS di hierarki kepimpinan yang lebih tinggi. Sembang-sembang dengan beberapa pemimpin pemuda PAS juga meletakkan Ust Azizan sebagai sosok pemimpin yang disenangi umum di Kedah. Samada kakitangan awam, istana, agensi swasta, GLC dan ..

14/11 12:58 am Dr Mohd Asri Perlu Bersama PAS

Saya terbaca bahawa bekas Mufti Perlis ini pernah menyebut, dia hanya akan menyertai politik sekiranya ruang dakwah melalui saluran lain sudah tertutup. Maknanya dia tidak akan menyertai politik kerana ruang dakwah sampai bila pun tidak akan tertutup semuanya kerana ruang itu sangat luas. Namun, tidak mustahil ruang yang luas itu boleh tertutup semuanya. Kamal Attarturk pernah menutup ruang dakwah serapat-rapatnya walau pun kesudahannya dia gagal. Umno memang berminat dengan Asri. Semasa PRK ..

13/11 5:09 pm Nik Abdul Aziz Dan Asri

SATU - Lega, itulah perasaan saya dan saya yakin perasaan orang lain juga ketika ini, apabila TGNA membatalkan hasratnya menunaikan fardhu haji. TGNA telah membuat keputusan bijak. Itulah mudarat yang lebih ringan berbanding fitnah yang bakal semakin membarah sekiranya TGNA meneruskan hasratnya. Lagi pun ibadah haji TGNA kali ini tidak lagi menjadi wajib memandangkan ibadah itu telah ditunaikannya untuk kesekian kali. Saya tahu TGNA ada jawapan terhadap apa yang dihalakan kepadanya itu. Tetapi ..

12/11 1:56 pm Menunggu Hasil Siasatan

Isu bai’ah talak tiga boleh dibahas dari sudut hukum syarak. Adakah lafaz sebegitu ada impilikasi talak atau ia adalah sumpah? Kalau ada implikasi talak, berapa bilangannya, satu atau tiga sekali gus? Dan banyak lagi. Saya tidak mahu menyentuhnya dari sudut itu. Persoalan itu ada ahlinya. Mereka yang ingin mendapatkan perinciannya boleh merujuk terus kepada ahlinya. Polemiknya ialah, adakah wujud bai’ah talak tiga itu? Nampaknya cenderung ke arah wujud kerana ada mereka yang mengakuinya. ..

9/11 11:28 pm Kebijaksanaan Yang Tercicir

SATU - Al-hikmah (kebijaksanaan) adalah barang yang tercicir daripada orang yang beriman. Dimana sahaja ia ditemui, ambillah. Demikian mafhum sebuah hadis yang termaktub di dalam Sunan at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Al-Albani menyatakan status hadis ini sebagai ‘sangat dhaif’. Namun, hadis ini digunakan sebagai galakan dalam usaha mencari ilmu. Dikhabarkan bahawa Ibnu Abbas berkata, “Ambillah kebijaksanaan itu daripada sesiapa sahaja yang kamu dengar. Kerana, kadang-kadang kebijaksanaan itu ..

9/11 1:38 am Nota Buat 'pemain baru DPPNPs' dan 'perlis'

Kiriman saya bertajuk ‘Seminar Memperkasakan Parti - Beberapa Mulahazah’ mengundang banyak komen dan sebahagiannya saya padam kerana tidak sesuai disiarkan. Pendirian saya mudah, saya tidak memerlukan persetujuan terhadap pandangan saya, tetapi dalam masa yang sama, saya tidak dapat menerima kutukan dan cercaan. Saya tetap akan meluluskan komen ‘tanpa nama’ atau ‘anonymous’ dengan syarat komen itu sesuai. Saya yakin, saya menulis dalam lingkungan yang dibenarkan. Saya tidak ..

8/11 12:38 am Seminar Memperkasakan Parti - Beberapa Mulahazah

SATU - JANGAN JADI SOKONG BAWA REBAH Kalau diibaratkan gulai, sama sahaja dengan gulai yang pernah dimakan sebelum ini. Mungkin yang menjadikan gulai kali ini istimewa ialah tambahan dua ramuan lain. Demikian seminar memperkasakan parti di Taman Melewar, Ahad, 7 November. Kalau tiada Aziz Bari dan Abu Hasan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu kecuali mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum. Sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari ..

4/11 5:53 pm Siling, Ikan Dan Bebola Daging Adalah Wajah Kita

Kerja ini bukan senang. Masa, tenaga, komitmen, kerjasama, tumpuan, kewangan, ruang, kebenaran, sokongan dan banyak lagi dikorbankan untuk menjayakannya. Semua itu wajar direkodkan. Lalu buku rekod Malaysia pun merekodkannya (baca sini). Rekod itu akan kekal sampai bila-bila, tidak terpadam walau pun dipecahkan. Ia bakal disaksikan generasi akan datang. Sepuluh, dua puluh, tiga puluh atau ratusan tahun, selagi buku rekod itu ada, orang akan membacanya. Soalnya, berbanggakah generasi dua puluh, ..

3/11 12:53 am Saya Sokong Asri

Menurut khabar, Asri bakal dilantik sebagai YDP YADIM menggantikan Nakhaei Ahmad dalam tempoh terdekat walau pun tarikh tamat kontrak Nakhaei adalah pada tahun 2 . Najib memang mahukan Asri berada di tempat itu. Alasan yang nampak adalah mungkin kerana Nakhaei sudah berusia. Ada ramai rakan Nakhaei yang seusia dengannya seperti Yusof Noor, Abdul Hamid Othman, mereka masih berkhidmat dengan pelbagai sektor kerajaan tetapi mereka tidak diusik. Mengapa Nakhaei dan YADIM yang diusik oleh Najib? ..

2/11 10:45 am Ya Akhi, Akhzantani...

Hari Ahad, saya dan beberapa sahabat berkesempatan mengunjungi Ust Yahya Othman di rumahnya yang terletak lebih kurang 3km dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Kelantan. Beliau adalah bekas exco kerajaan Negeri Kelantan. Pernah memegang beberapa jawatan peringkat tinggi PAS Pusat dan PAS Kelantan. Beliau sangat ceria dan begitu bersemangat sekali untuk berkongsi wawasan dan ideanya dengan kami. Di hadapan rumahnya, di seberang lorong kecil, tegak sebuah bangunan baru sederhana besar. ‘Darul ..

31/10 11:28 am Saya Patut Sokong Siapa?

Saya lahir di Kedah, berkahwin dengan orang Perak dan menetap di Perlis. Hidup saya di Perlis lebih panjang daripada hidup saya di Kedah, namun Kedah berjasa besar kerana saya membesar dan terdidik di sana. Semasa awal krisis di Perak dahulu, saya pernah membuat posting ‘Daulat Tuanku’ kepada raja Perak. Orang persoalkan saya, “Awak orang Perlis, apa pula mendaulatkan raja Perak”? Saya jawab, “Mentua saya orang Perak, jadi saya berhak membuat begitu.” Semasa Perak di bawah Pakatan ..

29/10 8:38 pm Bukan Jawapan Tetapi Respon

SATU - Saya bukan pemimpin PAS berjawatan tinggi juga bukan seorang yang layak untuk menjawab soalan seorang profesor. Tetapi sebagai seorang yang berminat dengan persoalan yang berkaitan Islam, saya sekadar ingin memberi respon sahaja untuk posting di blog ini. Kalau soalan dalam blog tersebut boleh dikategorikan sebagai soalan Fiqh, maka ia Fiqh Siayasah, atau boleh jadi juga Fiqh Aulawiyyat, atau Fiqh Jinayaat. Ada dua isu; pertama, menghentikan arak, judi, zina dan banyak lagi kemungkaran ..

28/10 11:50 pm Luahan Hati Menunggu Detik Keputusan Diumumkan

Apa pun keputusan mesyuarat khas PAS Pusat, harapan saya keputusan itu bukan sekadar memuaskan dan melegakan hati pemimpin-pemimpin yang bermesyuarat itu sahaja, bahkan keputusan itu hendaklah melegakan dan memuaskan hati ahli-ahli serta penyokong PAS. Lebih penting daripada itu, keputusan itu hendaklah memuaskan dan melegakan hati rakyat yang meletakkan harapan kepada PAS dan Pakatan Rakyat sebagai ganti kepada Umno dan BN. Tidak guna PAS membuat keputusan yang bersifat ‘syok sendiri’, ..

27/10 11:36 pm Bantuan Orang Miskin - Data e-Kasih Mana?

Kedua-dua kenyataan di atas menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membantu orang miskin. Diakui ada kepincangan dan kepincangan itu diletakkan di atas pundak 'data'. Dan, beginilah 'data' yang dimaksudkan oleh mereka. Nampaknya memang 'data' ini bersalah. Orang miskin mungkin terus mendapat bantuan walau pun 'data' tidak bekerja. Tetapi mungkin penyaluran bantuan itu berlaku seperti yang dikatakan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

26/10 9:14 pm PAS Pun Takutkan Blog?

Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri. Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di ..

25/10 3:51 pm Kami Pun Sayangkan PAS Juga

Menurut Utusan Malaysia Online, Mursyidul Am minta supaya PAS dibersihkan daripada anasir pro kerajaan (atau pro Umno). Mereka ialah Tim Presiden, SU Agung dan PJ Selangor. Pembersihan itu perlu dibuat melalui muktamar khas. Menurut Naib Presiden 2, PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama akan mengagendakan dalam mesyuarat masing-masing cadangan Mursyidul Am itu. Maksudnya, cadangan Mursyidul Am tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja tetapi akan diperhalusi. Terpulanglah kepada dua institusi tertinggi ..

23/10 10:37 am Muktamar Khas: Antara Perlu Dan Tidak

Perlukah PAS mengadakan muktamar khas untuk: SATU - MEMILIH SEMULA KEPIMPINAN PAS PUSAT Tidak perlu . Kepimpinan yang ada sudah mampu bercakap dan bekerja. Kalau diadakan semula muktamar khas untuk tujuan ini, seolah-olah kewibawaan pemimpin sekarang dipertikaikan. Suara perwakilan yang memilih mereka dalam muktamar yang lalu seolah-olah tidak berguna lagi. Bagaimana kalau pemimpin yang ada sekarang terpilih lagi, kemudian ada lagi suara yang tidak berpuashati dengan kepimpinan itu, buat ..

21/10 2:26 pm Idris Harus Berkepala Dingin

Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat. Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS. Selaku ..

20/10 12:17 am PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas

Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu. Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ..


Next >>
 
.
World     >>
1 hr ago

CBC.ca

UN Official Seeks Global Action on Iran Wall Street .. - Online
BERLIN -- Mohamed ElBaradei, the departing chief of the United Nations' nuclear watchdog agency, said Iran's continued refusal to accept tighter scrutiny of its nuclear activities would likely force the ...
Ads  

   

.
.
See Also: NewsKini Blog | MGG Pillai Archive | Free Ringtones | Ringtones | List | RSS | mRSS
Contents were generated automatically by a computer program. ©2009 NewsKini L: 0.084 Reload