Alkerohihttp://newskini.serveftp.net/news-01-Alkerohi.htmlNewsKini RSS Feeds for AlkerohiFri, 19 Mar 2010 02:58:22 GMTNewsKini RSS Custom FeederSee http://newskini.serveftp.netSPRM dituduh minta rasuah RM250,000.00http://alkerohi.blogspot.com/2010/02/sprm-dituduh-minta-rasuah-rm25000000.htmlSeorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang beribupejabat di Tingkat 14 Plaza Masalam Shah Alam didakwa di mahkamah hari ini di atas tuduhan meminta suapan. "Berantu" ka apa plaza ni ? Di plaza ni lah Teoh Beng Hock masuk ikut pintu tapi keluar kot mana, tak tau lagi setakat ni. Cuba bawa pula Nor Mohamed Yakcop dan Setiausaha Politiknya yang ada duit tunai RM2 juta tu bagi tujuan siasatan ke plaza ni. Takpa. Pulau Pinang sewa sat plaza ni dari Selangor. Hampa buleh tengokla, Nor Mohamed berak kapok ka atau berak RM30juta yang Ezam lapor, berak ECM Libra atau berak pertukaran mata wang asing. Depa kata berantu. Cengkam sampai ke usus.Fri, 19 Feb 2010 10:32:00 GMTMahathir dikata tahu pembunuh Altantunyahttp://alkerohi.blogspot.com/2010/02/mahathir-dikata-tahu-pembunuh.htmlIsu Altantunya Shaaribu bukan sahaja mengekori kemana sahaja Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur berada, malah polis dan badan kehakiman satu Malaysia pun sudah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerananya. Rata-rata rakyat Malaysia termasuk di kampung-kampung dan di bandar-bandar sudah tidak meletakkan harapan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk apa-apa tindakan dalam kes ini. Beberapa orang penduduk di Jerlun dan Kubang Pasu yang ditemui berkata, mereka yakin sudah tentu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu. Ini berdasarkan (pengetahuannya) tentang kes dalam kelambu Anwar Ibrahim pun Mahathir tahu cerita, takkanlah samada Najib terlibat atau tidak, beliau tak tahu tanya orang kuat Johari Baharom di Megat Dewa. Kata mereka, rakyat Malaysia akan berterima kasih banyak-banyak kepada Tun jika beliau boleh mendedahkan samada penglibatan pemimpin tertinggi negara seperti yang dihebohkan satu dunia ini, betul atau sebaliknya. Ramai yang berpendapat, sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan apa yang terpendam demi kebaikan agama, bangsa dan negara. "Malu kita dan UMNO dibuat isu ini. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai integriti dan ketelusan" kata penyokong kuat Mukhriz Mahathir. Jika terjadi apa-apa kepada Najib, bukankah Muhyiddin sedang menanti untuk menerajui UMNO, Barisan Nasional dan sebagai Perdana Menteri. "Patah tumbuh, hilang berganti. Tangkap Najib, Muhyiddin sedia ganti".Sat, 27 Feb 2010 03:44:00 GMTErdogan : Palestin adalah isu kamihttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/erdogan-palestin-adalah-isu-kami.htmlSelasa , 09/03/2010 Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah isu kami dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada senarai agenda kami. Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza ditamatkan segera sebagai memenuhi tanggungjawab kemanusiaan sebelum menunaikan tanggungjawab keislaman. Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata, Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh. Beliau menambah, Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda" Beliau juga menambah Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri. Sumber : Palestinkini.infoTue, 09 Mar 2010 10:28:00 GMTFairus, tebuan yang akan telanjangkan Penanghttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/fairus-tebuan-yang-akan-telanjangkan.htmlMantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin bukan setakat mengingatkan tetapi memberi amaran kepada pembangkang bahawa jangan cuba menjolok sarang tebuan. Pembangkang kena ibarat diri Fairus itu sebagai tebuan yang ganas dari spesis UMNO yang mengelupok seperti cacing kepanasan ketika berada dalam Pakatan Rakyat. Agaknya racunnya sama bisa seperti bisanya penyengat Tok Pa dan penyengat Awang Adek terhadap rakyat Kelantan. Bisa semakin menjadi-jadi gamaknya jika tidak diberi makan benda pelik-pelik. Habis satu Penang akan ditelanjangkannya lalu ia akan kembali sebagai juara tebuan. Baca jika rajin : Kelantan makan Kelantan Henti Serangan Peribadi Atau Saya Dedah Kepincangan - FairusTue, 02 Mar 2010 05:35:00 GMTMana ada pejuang Melayu dari UMNOhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/mana-ada-pejuang-melayu-dari-umno.htmlDari Penarek Beca : Klik gambar lihat anak panah Saya bukan benci orang Cina. Saya nak tergelak apabila ada orang UMNO berkata dia adalah pejuang Melayu. Dengan menobatkan dirinya sendiri sebagai pejuang, maka dia bersekongkol dengan orang Cina dalam semua aktiviti demi memperbodohkan bangsanya yang saban kali pilihanraya memberikan undi kepada mereka (pejuang bangsa konon). Kemudian dia menuding jari ke arah Pakatan Rakyat yang berbaik dengan Lim Guan Eng. Baca juga Dari Celah kangkang Cina pejuang palsu menj erit. Manakala pejuang Melayu Penang kelihatan menjerit dari dalam kain isteri masing-masing. Wah ! Hebat. Mereka adalah pejuang-pejuang palsu. Hidup mati mereka adalah dengan taukeh-taukeh. Mereka hidup untuk "makan apa saja". Hatta darah bangsa mereka sendiri dihirupnya. Jika mereka makan untuk hidup, nescaya sudah terbela bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga Cina, India, Siam, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya. Adakah 52 tahun itu singkat masanya. Ya bagi mereka yang belum puas mengaut khazanah negara. Ada yang berkata, jika UMNO boleh menjadi pejuang bangsanya bermakna kiamat sudah hampir tiba. Buat masa ini mana ada pejuang Melayu dari UMNO untuk membela rakyat Malaysia. Itu cuma indah khabar dari rupa sahaja.Sat, 13 Mar 2010 02:02:00 GMTNajib dan Rosmah masuk kubur kambus sendirihttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/najib-dan-rosmah-masuk-kubur-kambus.htmlNajib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia mengambil kesempatan memasukkan 'kepujian' untuk dirinya dan juga untuk isterinya Rosmah Mansur ketika ucapan tersebut dibaca oleh Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan persidangan parlimen dua hari yang lalu. Orang kampung pun berkata, "Najib dan Rosmah hebat. Agong puji mereka". Masuk bakul angkat sendiri, masuk lift tekan sendiri, masuk kubur kambus sendiri. Begitukah ? TAHNIAH Najib dan Rosmah !Thu, 18 Mar 2010 05:40:00 GMTMufti kelihatan gincu dibibir UMNOhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/mufti-kelihatan-gincu-dibibir-umno.htmlTidak semestinya siapa yang ada lesen boleh buat kerja, tahu buat kerja atau kerjanya betul. Ada polis bohong, rogol dan rompak. Ada guru liwat murid. Ada doktor matikan pesakit. Ada peguam kelentong anak guamnya. Ada paderi meniduri pelajarnya. Ada tok imam ditangkap berkhalwat. Ada pegawai SPRM merasuah. Ada jambatan runtuh kerana arkitek. Macam-macam berlaku. Ada pula ulama termasuk mufti apabila bercakap tidak ikut Quran dan hadis. Bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap rasa, ikut kederasan angin politik ,ikut pula kroni dan sebagainya. Sejarah telah menghamparkan beribu kisah tentang itu. Pengamal arak ditangkap ketika meminumnya kerana kata mufti, itu menyalahi agama. Tuan punya saham terbesar kilang arak yang mengeluarkan produk itu untuk edaran pengamal arak dibolehkan pula oleh mufti yang sama. Saya teringat kisah sewaktu saya kecil-kecil dulu. Kisah penembak anjing dari Jabatan Haiwan di kampung saya Pekan Keroh. Oleh kerana penduduk di Keroh ramai juga Cina, India dan Siam, maka ketika itu banyaklah anjing-anjing yang dibela oleh mereka di atas pelbagai sebab. Tidak hairanlah bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa pun kerap menjadi mangsa anjing-anjing itu. Jabatan Haiwan mengambil inisiatif menyuntik anjing-anjing itu dan selepas suntikan, dikalungkan lesen aluminium di leher anjing-anjing berkenaan. Kata pegawai berkenaan jika anjing menggigit selepas itu, tidak perlu bimbang akan bisa atau racunnya. Pada suatu hari, kawan saya ditokak seekor anjing dari banyak-banyak anjing yang berkeliaran berhampiran rumahnya. Setelah ditinjau didapati anjing yang menokak itu dari gerombolan yang ada lesen. Faham-fahamlah pekan Keroh itu kecil. Boleh dikatakan kita kenal satu sama lain. Saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan, "Pak Cik, kenapa kawan saya itu perlu disuntik ubat walaupun anjing berkenaan sudah ada suntikan dan lesen". Katanya, "walaupun anjing itu ada suntikan dan lesen, tetapi kita perlu waspada kemungkinan penyakit merbahaya tetap ada". Maksudnya lebih kurang penyakit campak, rubella dan sepertinya. Biarpun disuntik vaksin semasa kecil, kebrangkalian ianya ada lagi tidak boleh ditidakkan. Adakah saya nak kaitkan kisah ini dengan ulama atau mufti yang ada lesen ? Bukan. Pertamanya, nostalgia bunyi tembakan anjing seperti itu sudah tidak kedengaran lagi di Keroh. Keduanya, masyarakat Malaysia termasuk di Keroh sudah semakin cerdik. Kata mereka, ada lesen bukan bermakna tidak ada kemalangan. Contoh ketika memandu. Ada yang cuai, lalai, mabuk, ada lesen kopi, tidak cukup tidur dan sebagainya. Cuma ada yang tertanya-tanya. Apakah perhiasan seperti bau-bauan, berpegang pegangan, bertepuk, bercium, angkat mengangkat, puji memuji dan yang seperti itu menjadi salah satu dari faktor penyebab kemalangan juga. Seperti dakwaan sesetengah orang, kelihatan ada mufti cuba mahu menjadi gincu dibibir UMNO. Bukankah itu juga faktor yang boleh menyebabkan kemalangan politik ? Mufti kemalangan dilebuhraya politik ! Lebuhraya yang memisahkan agama darinya.Wed, 10 Mar 2010 08:30:00 GMTKJ ludah ke atas tak kena pun muka sendirihttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/kj-ludah-ke-atas-tak-kena-pun-muka.htmlApabila KJ bercakap tentang bilangan majoriti yang berkurangan dan keperluan meletakkan jawatan, maka ada sesuatu yang tidak kena. Katanya Anwar menerima kepercayaan yang agak luar biasa dari PAS dan DAP untuk mengetuai tugasnya sebagai Ketua Pembangkang di parlimen biarpun ia (Anwar) kehilangan tiga anggota parlimen dari PKR. Mungkin KJ bermaksud, sepatutnya Anwar boleh menang majoriti tetapi tidak diberikan apa-apa jawatan. Itukan lebih cantik. Tidak akan mengundang masalah kepada sesiapa. Ludah ke atas tak semestinya kena di muka sendiri. Seperti KJ juga. Menang ketua pemuda mengalahkan Mukhriz dan Khir Toyo tetapi tidak diberikan jawatan kabinet seperti kebiasaannya. Tak begitu KJ !Thu, 04 Mar 2010 23:09:00 GMTEkonomi pulih, CUEPACS kena tipu ?http://alkerohi.blogspot.com/2010/02/ekonomi-pulih-cuepacs-kena-tipu.htmlEkonomi sudah pulih. Bukan saya yang cakap. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia yang keenam meuar-uarkan begitu. Samada dia bercakap benar atau samada CUEPACS kena tipu .Seorang ketua UMNO dapat satu projek beratus juta. Untung berjuta-juta. Mereka makan isi, masyarakat biasa dan penjawat awam menjilat tulang. Baca jika rajin : CUEPACS mengamuk kah apa di bawah ni? CUEPACS saran jangan buat OT, baik buat kerja sendiri jika tidak dibayarThu, 25 Feb 2010 11:09:00 GMTExco Kedah mungkin baru, MBnya macamana ?http://alkerohi.blogspot.com/2010/02/exco-kedah-mungkin-baru-mbnya-macamana.htmlDepa dok tanya exco saja muka barukah. Takdak ka ura-ura dapat MB baru ? Azizan Razak belum sedia meletakkan jawatan. Banyak yang perlu dilakukan. Kata Shafie Apdal, Azizan buat masa ini mewarisi apa yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional. Agaknya, tidak seperti Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Guan Eng anak jantan. Boleh buktikan serta-merta dengan faktanya sekali apa yang telah kerajaannya lakukan. Di Kedah, hubungan adik beradik diantara PAS dan UMNO menyukarkan Azizan meluahkan perasaan terpendamnya. 'Diluah mati mak bapa, ditelanpun mati tok nenek'. Sebelum pilihanraya kedua belas, pelbagai isu dibangkitkan tentang kelemahan Barisan Nasional, UMNO dan Mahadzir Khalid. Kini semua itu telah diserap biarpun dahulu ianya 'racun paling bahaya'. Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru ALOR SETAR, 24 Feb (Bernama) -- Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit. "Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini Rabu. Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco. Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat. - BERNAMAWed, 24 Feb 2010 08:48:00 GMTSiapa Exco Kedahhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/siapa-exco-kedah.htmlSegan nak buat ramalan. Nanti ada yang kecil hati. Teka sendiri. Dari kiri gambar: YB. DATO' HAJI IR. PHAHROLRAZI BIN HAJI MOHD ZAWAWI YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL YB. DATO' HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH YB. USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH YB. S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM YB. LIM SOO NEE YB. ENCIK TAN WEI SHU 25610Mon, 01 Mar 2010 09:04:00 GMTApa hal CUEPACS cari nahashttp://alkerohi.blogspot.com/2010/02/apa-hal-cuepacs-cari-nahas.htmlRamai yang tidak setuju CUEPACS terlibat sama dalam pakatan 76 NGO seperti di atas .Senarai penuh NGO berkenaan juga tidak disiarkan. Apa hal CUEPACS cari nahas ? Ada orang kata dimana ada Ibrahim Ali di situ ada was-was, dan dimana ada was-was di situ pasti ada Ibrahim Ali. Betulkah ? Ada juga orang kata, dimana UMNO dipijak dan kelihatan hilang kuasa, langsung tidak sama dengan ungkapan Melayu dan Islam dipijak dan kelihatan hilang kuasa.Sun, 28 Feb 2010 02:04:00 GMTTerima kasih TNB Alor Setarhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/02/terima-kasih-tnb-alor-setar.htmlIbubapa yang merayu baru-baru ini agar TNB mempertimbangkan cadangan mereka - merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB Alor Setar kerana sudah ada perubahan pada lampu jalan .Zamri Mahathir menelefon memberitahu mereka berasa lega dengan tindakan TNB itu.Fri, 26 Feb 2010 09:37:00 GMTMusa Hassan wara' dan tidak menipuhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/musa-hassan-wara-dan-tidak-menipu.htmlMusa Hassan Ketua Polis Negara yang masih disambungkan kontrak perkhidmatanya seolah-olah anggota Polis di bawahnya bangang, tiada calon dan sukar menggantikannya, mungkin percaya bahawa dirinya itu bukanlah penipu biar apa persepsi orang lain terhadapnya. Mungkin baginya, setiap kali dia bercakap apa yang melibatkan kepimpinan negara dan parti politik, maka masyarakat kena 'telan' dan wajib percaya bahawa Musa Hassan seorang penjawat awam yang wara'. Kata-kata dan pandangannya adalah peraturan dan undang-undang. Tetapi malang, ramai pecinta demokrasi di Malaysia geli dan nak termuntah sebaik sahaja mendengar namanya. Ah! Kenapa ya ? Jika rajin: Polis Tiada Konspirasi Dengan Parti Politik : MusaThu, 04 Mar 2010 10:37:00 GMTApa guna Karpal cabar wakil PKR, depa tak dak jagunghttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/apa-guna-karpal-cabar-wakil-pkr-depa.htmlOrang Penang dan Kedah ada banyak persamaan. Tang berpantun, peribahasa, makanan dan banyak lagi. Mai tang cabaran Karpal seperti di ataih, depa di kampung pun suruh tanya: Buang kelongsong nampak nibung pani (rambut) Buang nibung pani nampak biji Selak biji nampaklah tongkolnya. Apakah benda itu ? Depa di kampung berkata lagi. Wakil rakyat lompat parti tetapi tidak mahu letak jawatan ibarat tak dak jagung. Dak eh ! bukan mencarut... Depa teringat pula peribahasa, "sementara menanti padi masak, kami cadang nak berjagung-jagunglah dulu" Rupa-rupanya wakil rakyat kami "seperti pipit menelan jagung" Apapun orang kampung pesan lagi - pakej atau set penuh jagung itulah dikatakan jagung. Jangan jadi ibarat tak dak jagung, sudahlah.Sun, 07 Mar 2010 10:44:00 GMTUMNO kata rosak anak Penang kerana menantuhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/02/umno-kata-rosak-anak-penang-kerana.htmlIsu Melayu Pulau Pinang tiba-tiba membuatkan ketua-ketua UMNO baik lelaki atau wanitanya menjadi ghairah untuk membangkitkannya. Masing-masing cuba menobatkan diri sebagai juara tetapi dari luar gelanggang. Gerakan, MCA, MIC dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional kelihatan tidak berminat pun dengan agenda ini. Pada hemat saya, Lim Guan Eng betul-betul jantan baik dihadapan atau dibelakang Koh Tsu Koon, Azhar atau UMNO dan BN sendiri. Siap dengan statistik beliau buktikan jumlah wang dan penerima tender projek di 'Penang' sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Lebih 40 kontraktor Melayu yang mendapat tender dan bakinya bukan Melayu. Keseluruhan projek berjumlah melebihi RM60 juta. Bukan itu sahaja, belanjawan berkaitan aktiviti Islam ditambah dari RM12 juta semasa BN kepada RM21.5 juta sekarang. Dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan Guan Eng bukan sahaja mendapat kepujian Ketua Audit Negara, malah disokong rakyat pelbagai kaum. Kerajaannya berjaya membawa 151 projek pelaburan dengan jumlah RM10.156 bilion, 22,215 pekerjaan dapat diwujudkan, sektor infrastruktur dan kemudahan awam dipertingkatkan, projek pembesaran Empangan Mengkuang, menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, program kualiti alam sekitar diutamakan, pertemuan dengan rakyat dan cuba menyelesaikan masalah mereka. Apa yang lebih utama ialah beliau tidak sombong seperti sombongnya Azhar, Helmi, Mahdzir Khalid dan juak-juak mereka. Idola pentadbirannya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz. Nah, apa lagi? UMNO - pentadbiran Islam tidak, demokrasi pun haus. Setakat ini, perangkaan menunjukkan roboh kedai dan roboh gerai di zaman Barisan Nasional di 'Penang' terlalu banyak berbanding di bawah pentadbiran Guang Eng. Dalam ceramah-seramahnya, Mohamad Sabu sudah lama menyanyikan lagu boria Pulau Pinang yang membawa intipati pembangunan tetapi malangnya kata Mat Sabu, Melayu Pulau Pinang sudah lama dihanyutkan ke Sungai Petani, Kulim, Karangan, Baling, Lunas, Keroh dan sebagainya. UMNO seperti tidak mahu percaya bahawa ia punahkan kepercayaan dan harapan bangsanya di Pulau Pinang ketika amanah disandarkan kepada mereka. Ketika mereka masih berada dalam gelanggang politik. Ketika mereka melamun mabuk kuasa. Ketika mereka berlumba-lumba memenuhkan kantong dan tembolok kaum kerabat. Dr Mahathir Mohamed sendiri pernah membangkitkan perkara ini ketika lawatannya ke Pulau Pinang. Kini UMNO berkata, rosak anaknya di Penang kerana menantu. Tak mahu mengaku juga bahawa mereka salah didik. Tidak mengapa, biar merangkak jangan menjalar ! Biar rosak sedikit dari jahanam semua.Fri, 19 Feb 2010 23:18:00 GMTBerapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaanhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/berapa-ramai-wakil-rakyat-umno-ke.htmlSyabas wakil rakyat Pakatan Rakyat. Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Siapa biasa nampak ? Jika adapun dikatakan melalui pintu belakang. Biar masyarakat tunggu dan melalui kerenah birokrasi. Wakil rakyat UMNO adalah dari kalangan yang mendapat projek berjuta-juta. Dia tak mainlah hospital kerajaan. Hampa yang dok pi sokong depa la, tunggu giliran berjam-jam dan ada yang sampai meninggal dunia. Ada tak wakil rakyat BN dan UMNO yang melawat seperti Sivakumar dan memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan di hospital-hospital kerajaan ? Biasa dengaq ? Menteri Kesihatan MCA dok sibuk berpolitik. Tak habis-habis. Ketua Pengarah dah berusia 62 tahun. Macam la tak dak orang lain nak gantikan dia. Siapa menjadi mangsa . Hampa yang dok pi pangkah UMNO la. Tulang belakang BN. Esok ditakdirkan Pakatan Rakyat menang persekutuan, maka akan timbullah segala kelemahan mak nenek di hospital-hospital kerajaan. Sesuatu perlu dilakukan. Wajibkan semua yang bergelar wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat UMNO dan BN ke hospital-hospital kerajaan dahulu dan selepas itu dia nak ke hospital swasta atau ke Amerika, Jerman, Singapura, Thailand atau mana saja, terpulang pada dia. Adakah nak boleh...Thu, 11 Mar 2010 13:51:00 GMTMahathir puji Azizan, Mukhriz kata tiada kemajuanhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/03/mahathir-puji-azizan-mukhriz-kata-tiada.htmlSewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar Kedah kesepuluh, Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri pernah memuji Ustaz Azizan. Tadi, anak Tun yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, membayangkan bahawa di bawah pentadbiran Ustaz Azizan selama dua tahun ini, tidak ada sebarang kemajuan. Saya tak tambah atau kata apa-apa. Cuma teringat Shafie Apdal kata benda yang sama beberapa bulan yang lalu. Nak tunggu pula komen YB ADUN Sg Limau. Adakah betoi Mukhriz kata lagu tu Ustaz ? Atau, saja dok lawak adik beradik... Jika rajin, bolehlah baca : Apabila Tun M puji MB Kedah Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz Mukhriz MB Kedah kesebelas ?Sun, 14 Mar 2010 10:33:00 GMTJika Lutfi pun boleh dibiarkan keseoranganhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/02/jika-lutfi-pun-boleh-dibiarkan.htmlApabila orang macam Ahmad Lutfi Othman pun terabai dari segi pengurusan kesihatannya, apatah lagi jaminan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat yang 'cokea' di kampung-kampung. Dalam menerajui Harakah sebagai Ketua Pengarangnya, peranannya bukanlah kecil anak. Melibatkan dasar parti dan negara, memperjuangkan kehendak dan inspirasi ahli-ahli parti politik yang meletakkan harapan dan tanggungjawab ke bahunya demi merealisasikan cita-cita itu. Terdedah pula pada pelbagai risiko dan ancaman akta-akta dracula di Malaysia. Engiogram yang dilakukan memerlukan pemasangan stent di saluran darah jantung Lutfi yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi. Saya hairan apa jadi dengan peruntukan tabung negara bagi penyakit kronik. Difahamkan, jika adapun pembiayaan, dipaksa menjalani prosedur di hospital-hospital kerajaan yang memakan masa terlalu panjang dan tidak salah dinyatakan, pesakit akhirnya menjadi mangsa hospital-hospital itu. Meninggal dunia dan kuranglah satu kes dalam senarai menunggu. Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk kos rawatan ini. Kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - mungkin kah mereka menderma dalam senyap? Apa yang pasti, Husam Musa Exco Kelantan ada menghulurkan peruntukan dari tabung Kijangnya. Malang, seorang ketua pengarang akhbar seperti Lutfi, yang memainkan peranan yang sangat besar bukan sahaja untuk PAS tetapi juga untuk Pakatan Rakyat, dibiarkan tergedik-gedik menguruskan cubaan yang menimpanya. Usaha kerajaan-kerajaan ini menghayati soal kebajikan satu negeri dipuji tetapi didapati masih tidak meluas jika dilihat apa terjadi dalam kes seperti ini ?Wed, 24 Feb 2010 23:30:00 GMTExco Penerangan Kedah : Kita akan jumpa bloggerhttp://alkerohi.blogspot.com/2010/02/exco-penerangan-kedah-kita-akan-jumpa.htmlSejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger. Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak. AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini. Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah. Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri. Ada apa-apa masalahkah YB Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti. Urusetia macamana yang YB maksudkan Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat. Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat. YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ? Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah. Terima kasih YB. Terimakasih.Sun, 28 Feb 2010 05:28:00 GMT